Tinggal beberapa hari lagi kita semua seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Haish, sangat tak sabar rasanya & suasana bulan puasa dah mula terasa. Yang paling obvious bila pi bandar atau mana-mana tempat dah mula ada khemah kat tapak bazaar Ramadan dinaikkan & tersusun. It shows that Ramadan bulan mencari rezeki. Cuma perlu DIINGAT bahawa RAMADAN BULAN PENJIMATAN BUKAN BULAN PEMBAZIRAN yerr.. Almaklumlah, tengok juadah nak berbuka sakan bervariasi, mata pun naik juling tak tau nak beli yang mana. Hati-hati!! Beli ikut kemampuan diri. Tu belom lagi persiapan raya kan... Ish3.. Takpelah, nanti cerita kat another entry;)
Entry kali ni diilhamkan melalui perbualan saya bersama mak & kakak saya sewaktu kami sama-sama tengah kopek ikan bilis. Ehem.. 1kg ikan bilis uols kena kopek. hehe.. Mengah gak lah.;)
So, kami pon berborak lah dari satu topik ke topik. Tapi, topik yang betul2 menarik perhatian saya untuk share kat entry ni adalah berkaitan "berlagak", "sombong" dan sewaktu dengannya. Kami bercerita tentang orang yang kami respect kerana penuh dengan sifat rendah diri walaupun kekayaan, kejayaan mengelilingi. Tapi agak kesal bila ada segelintir yang aduhhh... bukan niat untuk mengaibkan (sekadar dijadikan pengajaran) yang macam tajuk entry ni, "Kena Berlagak Ke?" Cakap apa2 mesti nak up je. Memang tak patut dilayan orang macam ni kalau diikutkan geram, Tapi, bila difikirkan sirratulrahim, kita diam & senyum jelah dengar apa yang orang macam ni cakap. That's the best solution indeed.
Saya sangat hairan dengan orang2 yang suka cakap besar, sombong & berlagak (bukan niat untuk menilai), tapi bila mereka yang menunjukkan perangai sebegini menjadikan saya errkk... Macam tak perlu je untuk berperangai sebegitu. Takpelah, ALLAH menjadikan manusia dengan pelbagai perangai supaya kita boleh buat pengajaran. Tapi, sebagai pertanyaan buat diri saya sendiri & anda semua, KENA BERLAGAK KE? I dont think so.. Haiyyaa... Buat apa mau berlagak maa... Semua yang kita ada sementara je. Boleh hilang sekelip mata. Kalau ada cakap ada. Kalau takde cakap takde. Tapi, BERDIAM DIRI ADALAH LEBIH BAIK.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Surah Luqman: 18-19)
Those words from Surah Luqman is a reminder for myself & for U guys!! Agak-agak rasa macam hampir-hampir nak berlagak & menyombong, ingat ayat ni. Sebenarnya ada je ayat lain daripada al-Quran yang mengingatkan kita supaya menjaga hati sesama manusia sebab berlagak & berlaku sombong ni antara punca utama putusnya hubungan sirratulrahim & boleh buat hati orang lain terluka.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (AL Hujurat: 11)
Kesimpulannya, takde sebab untuk kita jadi sombong atau berlagak dengan apa yang kita miliki sebab kita semua sama pada pandangan DIA. Yang membezakan manusia adalah amal. Harta, bahagia & nikmat yang diberi sementara. Bila kehendakNYA untuk menarik semua, kita tak mampu untuk berkata walau sepatah. Nikmat yang diberi tu bukan untuk menunjuk, tapi untuk dikongsi terutamanya ilmu. Jadi, sama-sama ingat-mengingati ye pasal ni. Agak-agak ada yang tak paham bahasa nak menyombong gak, lantak pi lah sama depa. Biarkan si luncai dengan labu2 nya...hehe..
p/s: Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga ibadah puasa kali ini lebih baik daripda tahun sebelumnya & jalanilah setiap ibadah seolah-olah kita akan mati keesokkan harinya.... BARAKALLAHU FIKHA:)