Saturday 9 June 2012

Bicara Tentang Kahwin...

Salam....

           As usual, baru nak update entry baru u ollss.... hehe... Itu pon update dengan tajuk entry yang gue kira-kira mampu mengundang kontroversi dong. Cakap pasal kahwin... Ohoiii... mesti sape yang tak bace entry ni secara full akan assume chek nak kahwin daaa... Berbicara soal kahwin tak semestinya nak kahwin dalam masa terdekat... Saya berkongsi entry ini adalah kerana since lately saya sering ditanya perihal, "Bila nak kahwin?", "Taknak betunang dulu ke?" sehinggakan ada kenalan yang keluarkan ayat, "Eh, dengar dah nak kahwin..." MASHAALLAH..*tepuk dahi.. Rasa macam artis pon ye gak sebab takde angin takde ribut tiba-tiba ada "gosip" begitu... *toksah pikir artis sangat ye, Zida..hehe... Mungkin ini kerana umur saya dah menjangkau 23 tahun... Iye, jadi makcik-makcik pon ada bertanya juga mak saya tentang, "Eh, bila nak menantu lagi untuk anak yang bongsu tu?" Memang kalau dah masuk umur 23 orang akan tanya pasal kahwin ae... errkkk.. kadang-kadang soalan begitu buat saya blur sebab kalau jawab lambat lagi nak kahwin, betul-betul lambat pulak sebab kata-kata itu kan doa.. *sambil urut-urut dagu.

          Sejujurnya, siapa taknak kahwin weiii... bak kata "teman" saya, "orang gila je taknak kahwin..."hehe.. Memey ar.. perkahwinan itu satu tuntutan, satu fitrah... Everybody knows it... It stated in the Quran, Surah AN-NUR: 32:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
         Saya nak kahwin lahhh... Tapi, bukan dalam masa terdekat ini. Pernah juga saya berhasrat untuk memegang status sebagai isteri orang di dalam tempoh pengajian.. I mean, masa tengah belajar ni. Sekarang ni saya di akhir 1st year. Dah nak nak habis sem 2. So, saya bajet nak kahwin time hujung sem 5 lah kononnya. Tetapi... ada tapi nya...huhu... In order to move forward for the future, U need to think twice. Orang kata perkahwinan itu satu perjudian..*Bukan judi duit ae... Bila anda masuk ke gerbang perkahwinan, anda memperjudikan seluruh kehidupan anda. Errrkkk... sounded so scary kan. Yup, takut sangat kalau persediaan untuk itu tak cukup. Kahwin bukan setakat menghalalkan apa yang haram dalam perhubungan, tapi, kita kena bukak mata, minda luas-luas untuk terima komitmen yang super duper hebat. Itu memerlukan perjuangan seumur hidup. Persediaan yang dilakukan sebenarnya bukan hebat untuk majlis resepsi, tapi persediaan dari segi ilmu rumah tangga itu sebenarnya yang perlu "grand". 

       Banyak sebenarnya yang perlu saya pelajari. Dalam erti kata lain, saya sebenarnya jahil lagi. Ilmu belum penuh di dada. Dalam mengambil keputusan untuk jadi bini orang, banyak persoalan yang saya mainkan di minda saya. "Can I be a good wife?" "Can I manage my family?" "Pendidikan yang macam mana nak bagi kat anak-anak?" "Macam mana nak sentiasa senangkan hati suami?" dan bla..bla..bla.. Daripada sekecil-sekecil persoalan sehinggalah sebesau-besaunye... Dan tanggungjawab saya sebenarnya belum lagi selesai iaitu tanggungjawab sebagai pelajar & tanggungjawab saya terhadap emak saya. Kalau kahwin, mampu ke saya beri sepenuh perhatian kepada pelajaran? Mampu ke saya spend masa dengan mak saya macam sekarang? Belum tentu lagi kan... Saya tidak menolak & menentang berkahwin awal kerana itu ibadah. Rasa bahagia je kan tengok orang kahwin awal ni. Mungkin seru saya belum sampai & ALLAH tahu apa yang tebaik untuk saya.


"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -(Surah Al-Baqarah: 216)- 
       Jadi, kesimpulannya, saya berkira-kira mahu menamatkan zaman bujang saya bila seru tu sampai, bila study saya habis. INSHAALLAH... Semoga dipermudahkan semuanya. Jawapan saya kepada soalan-soalan yang ditanya oleh orang sekeliling sekarang saya jawab hanya dengan senyuman..:)
Saya juga mahu memberi ruang kepada "si dia" untuk mempersiapkan dirinya sebagai seorang imam kepada sebuah keluarga. Saya tak nak membina hanya sekadar sebuah keluarga, tapi keluarga yang berpakej iaitu Sakinah, Mawaddah,Warahmah & Mahabbah:)


P/S: "Kahwin itu mudah... Tapi jangan dipandang mudah."