Wednesday 18 July 2012

Kena Berlagak Ke?

Salam...

      Tinggal beberapa hari lagi kita semua seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Haish, sangat tak sabar rasanya & suasana bulan puasa dah mula terasa. Yang paling obvious bila pi bandar atau mana-mana tempat dah mula ada khemah kat tapak bazaar Ramadan dinaikkan & tersusun. It shows that Ramadan bulan mencari rezeki. Cuma perlu DIINGAT bahawa RAMADAN BULAN PENJIMATAN BUKAN BULAN PEMBAZIRAN yerr.. Almaklumlah, tengok juadah nak berbuka sakan bervariasi, mata pun naik juling tak tau nak beli yang mana. Hati-hati!! Beli ikut kemampuan diri. Tu belom lagi persiapan raya kan... Ish3.. Takpelah, nanti cerita kat another entry;)

       Entry kali ni diilhamkan melalui perbualan saya bersama mak & kakak saya sewaktu kami sama-sama tengah kopek ikan bilis. Ehem.. 1kg ikan bilis uols kena kopek. hehe.. Mengah gak lah.;)
So, kami pon berborak lah dari satu topik ke topik. Tapi, topik yang betul2 menarik perhatian saya untuk share kat entry ni adalah berkaitan "berlagak", "sombong" dan sewaktu dengannya. Kami bercerita tentang orang yang kami respect kerana penuh dengan sifat rendah diri walaupun kekayaan, kejayaan mengelilingi. Tapi agak kesal bila ada segelintir yang aduhhh... bukan niat untuk mengaibkan (sekadar dijadikan pengajaran) yang macam tajuk entry ni, "Kena Berlagak Ke?" Cakap apa2 mesti nak up je. Memang tak patut dilayan orang macam ni kalau diikutkan geram, Tapi, bila difikirkan sirratulrahim, kita diam & senyum jelah dengar apa yang orang macam ni cakap. That's the best solution indeed.

       Saya sangat hairan dengan orang2 yang suka cakap besar, sombong & berlagak (bukan niat untuk menilai), tapi bila mereka yang menunjukkan perangai sebegini menjadikan saya errkk... Macam tak perlu je untuk berperangai sebegitu. Takpelah, ALLAH menjadikan manusia dengan pelbagai perangai supaya kita boleh buat pengajaran. Tapi, sebagai pertanyaan buat diri saya sendiri & anda semua, KENA BERLAGAK KE? I dont think so.. Haiyyaa... Buat apa mau berlagak maa... Semua yang kita ada sementara je. Boleh hilang sekelip mata. Kalau ada cakap ada. Kalau takde cakap takde. Tapi, BERDIAM DIRI ADALAH LEBIH BAIK.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. 
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Surah Luqman: 18-19)

Those words from Surah Luqman is a reminder for myself & for U guys!! Agak-agak rasa macam hampir-hampir nak berlagak & menyombong, ingat ayat ni. Sebenarnya ada je ayat lain daripada al-Quran yang mengingatkan kita supaya menjaga hati sesama manusia sebab berlagak & berlaku sombong ni antara punca utama putusnya hubungan sirratulrahim & boleh buat hati orang lain terluka.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (AL Hujurat: 11)

Kesimpulannya, takde sebab untuk kita jadi sombong atau berlagak dengan apa yang kita miliki sebab kita semua sama pada pandangan DIA. Yang membezakan manusia adalah amal. Harta, bahagia & nikmat yang diberi sementara. Bila kehendakNYA untuk menarik semua, kita tak mampu untuk berkata walau sepatah. Nikmat yang diberi tu bukan untuk menunjuk, tapi untuk dikongsi terutamanya ilmu. Jadi, sama-sama ingat-mengingati ye pasal ni. Agak-agak ada yang tak paham bahasa nak menyombong gak, lantak pi lah sama depa. Biarkan si luncai dengan labu2 nya...hehe..

p/s: Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga ibadah puasa kali ini lebih baik daripda tahun sebelumnya & jalanilah setiap ibadah seolah-olah kita akan mati keesokkan harinya.... BARAKALLAHU FIKHA:)

Sunday 8 July 2012

Yang Saya Rindu...

Salam...

        Yeay!!! Tinggal lagi 1 final paper sebelum saya bercuti selama lebih kurang 2 bulan next week.. Saya habis exam 11/7 ni..hehe.. Sekarang ni tengah amik mood nak study & sambil tu terfikir entry baru untuk blog ni. Sambil dok mengadap dinding sambil goyang kaki *macam puan2 lah pulaks... hehe... Tiba-tiba rasa  rindu menjengah.*ok, sangat ayat novel.. Rindu pada siapa? bukan pada pakwe ye. Manusia mana yang takde benda, perkara yang dirindu kan... Saya terasa rindu pada sesuatu perkara yang mampu atau tak mampu diulang kembali, it would be the most precious thing ever... Tapi, disebabkan itu lah perkara-perkara yang dirindui tu berlaku once in a lifetime (kebanyakkannya) kalau jadi semula pon tak sama dengan yang lepas sebab ALLAH nak ajar kita untuk lebih menghargai apa yang kita ada. So, saya nak list kan antara perkara-perkara yang saya rindu nak buat, rindu nak rasa & pendek kata rindu lah...

#1 Saya rindu nak cium dahi & pipi ayah saya. Dulu, setiap kali arwah ayah hantar saya pergi sekolah sampailah saya form 6, saya akan salam, cium dahi & pipi ayah. Saya rindu jugak nak berborak dengan ayah  sebab ayah rajin berborak.

#2 Saya rindu nak main roller blade atau kasut roda.

#3 Saya rindu nak jadi single...*ayat nak mintak penampar pe zida...kehkehkeh...

#4 Saya rindu nak makan laksa & asam pedas ikan terubuk. Inilah makanan paling terfeveret saye.

#5 Saya rindu zaman sekolah menengah saya iaitu since form 1 sampai form 5.

#6 Saya rindu zaman Friendster sebab Friendster bukan macam Facebook yang banyak menyakitkan hati... Tapi, Friendster punya akaun dah tutup lama dah. huhu...

#7 Saya rindu nak naik basikal... Lama giler tak naik basikal wooo...

#8 Saya rindu nak pergi tengok wayang sorang2. Pernah pegi tengok wayang sorang2... Jangan tak percaya..hehe

Rasanya 8 perkara di atas jelah setakat ni yang saya rindu. Yang selebihnya, tak terasa nak rindu lagi. hehe.. Kalau ada pon, biarlah saya simpan je. Takkan nak sambung buat list kat next entry pulak...hehe..







Saturday 9 June 2012

Bicara Tentang Kahwin...

Salam....

           As usual, baru nak update entry baru u ollss.... hehe... Itu pon update dengan tajuk entry yang gue kira-kira mampu mengundang kontroversi dong. Cakap pasal kahwin... Ohoiii... mesti sape yang tak bace entry ni secara full akan assume chek nak kahwin daaa... Berbicara soal kahwin tak semestinya nak kahwin dalam masa terdekat... Saya berkongsi entry ini adalah kerana since lately saya sering ditanya perihal, "Bila nak kahwin?", "Taknak betunang dulu ke?" sehinggakan ada kenalan yang keluarkan ayat, "Eh, dengar dah nak kahwin..." MASHAALLAH..*tepuk dahi.. Rasa macam artis pon ye gak sebab takde angin takde ribut tiba-tiba ada "gosip" begitu... *toksah pikir artis sangat ye, Zida..hehe... Mungkin ini kerana umur saya dah menjangkau 23 tahun... Iye, jadi makcik-makcik pon ada bertanya juga mak saya tentang, "Eh, bila nak menantu lagi untuk anak yang bongsu tu?" Memang kalau dah masuk umur 23 orang akan tanya pasal kahwin ae... errkkk.. kadang-kadang soalan begitu buat saya blur sebab kalau jawab lambat lagi nak kahwin, betul-betul lambat pulak sebab kata-kata itu kan doa.. *sambil urut-urut dagu.

          Sejujurnya, siapa taknak kahwin weiii... bak kata "teman" saya, "orang gila je taknak kahwin..."hehe.. Memey ar.. perkahwinan itu satu tuntutan, satu fitrah... Everybody knows it... It stated in the Quran, Surah AN-NUR: 32:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
         Saya nak kahwin lahhh... Tapi, bukan dalam masa terdekat ini. Pernah juga saya berhasrat untuk memegang status sebagai isteri orang di dalam tempoh pengajian.. I mean, masa tengah belajar ni. Sekarang ni saya di akhir 1st year. Dah nak nak habis sem 2. So, saya bajet nak kahwin time hujung sem 5 lah kononnya. Tetapi... ada tapi nya...huhu... In order to move forward for the future, U need to think twice. Orang kata perkahwinan itu satu perjudian..*Bukan judi duit ae... Bila anda masuk ke gerbang perkahwinan, anda memperjudikan seluruh kehidupan anda. Errrkkk... sounded so scary kan. Yup, takut sangat kalau persediaan untuk itu tak cukup. Kahwin bukan setakat menghalalkan apa yang haram dalam perhubungan, tapi, kita kena bukak mata, minda luas-luas untuk terima komitmen yang super duper hebat. Itu memerlukan perjuangan seumur hidup. Persediaan yang dilakukan sebenarnya bukan hebat untuk majlis resepsi, tapi persediaan dari segi ilmu rumah tangga itu sebenarnya yang perlu "grand". 

       Banyak sebenarnya yang perlu saya pelajari. Dalam erti kata lain, saya sebenarnya jahil lagi. Ilmu belum penuh di dada. Dalam mengambil keputusan untuk jadi bini orang, banyak persoalan yang saya mainkan di minda saya. "Can I be a good wife?" "Can I manage my family?" "Pendidikan yang macam mana nak bagi kat anak-anak?" "Macam mana nak sentiasa senangkan hati suami?" dan bla..bla..bla.. Daripada sekecil-sekecil persoalan sehinggalah sebesau-besaunye... Dan tanggungjawab saya sebenarnya belum lagi selesai iaitu tanggungjawab sebagai pelajar & tanggungjawab saya terhadap emak saya. Kalau kahwin, mampu ke saya beri sepenuh perhatian kepada pelajaran? Mampu ke saya spend masa dengan mak saya macam sekarang? Belum tentu lagi kan... Saya tidak menolak & menentang berkahwin awal kerana itu ibadah. Rasa bahagia je kan tengok orang kahwin awal ni. Mungkin seru saya belum sampai & ALLAH tahu apa yang tebaik untuk saya.


"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -(Surah Al-Baqarah: 216)- 
       Jadi, kesimpulannya, saya berkira-kira mahu menamatkan zaman bujang saya bila seru tu sampai, bila study saya habis. INSHAALLAH... Semoga dipermudahkan semuanya. Jawapan saya kepada soalan-soalan yang ditanya oleh orang sekeliling sekarang saya jawab hanya dengan senyuman..:)
Saya juga mahu memberi ruang kepada "si dia" untuk mempersiapkan dirinya sebagai seorang imam kepada sebuah keluarga. Saya tak nak membina hanya sekadar sebuah keluarga, tapi keluarga yang berpakej iaitu Sakinah, Mawaddah,Warahmah & Mahabbah:)


P/S: "Kahwin itu mudah... Tapi jangan dipandang mudah." 
                   






 
        



   

     

     

Sunday 29 April 2012

Short Notes...

Salam...

ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH... Past two days were my 23rd's birthday. YA ALLAH! sudah 23 rupanya umur kau AZIDA... hehe... dah tak boleh nak terbalikkan nombor tu..*rolling eyes. Well, memasuki usia pertambahan usia baru ni, saya menyedari & mempelajari beberapa perkara. Antaranya:

#1 Family & orang2 yg menyayangi anda adalah sangat penting. Hargai lah diorang sementara diorang still ada    kt depan mata lagi... They the one who gonna support U whether U're up or down...

#2 Pertambahan usia tak semestinya bermaksud bertambah matang... Yang membuatkan anda matang adalah pengalaman yang anda lalui sepanjang hidup.. We should grown up with experiences. Selalunya pengalaman duka yang buat kita lebih dewasa & cool...:)

#3 Berdoalah di mana saja anda berada & yakinlah dengan doa anda. InshaALLAH, U wont be regret with what U prayed for. Dan berdoalah untuk kebaikan.

#4 Jangan terlalu banyak berharap. Terlalu banyak berharap akan mendatangkan banyak kelukaan.

#5 Jangan sakiti orang lain walaupun mereka menyakiti kita. Sebab apa yang kita buat itu sentiasa ada balasan. So, alarm yourself not to hurt others. Buatlah baik selagi boleh. U wont lose anything.

Terima kasih kepada yang mengingati birthday saya. Terima kasih atas segala doa & ucapan. Takde hadiah pon takpe sebab doa tu yang mengiringi perjalanan hidup saya. Terima kasih jugak kepada yang tersayang atas "suprise" yang comel. ;))

                                             
                                       
                             kek birthday saya. Yang 1 "orang" bagi. Yang lagi 1 beli sendiri;)

                                           

Ok, Naziatul Azida is now 23 years old..*rolling eyes


Bismillahirrahmanirrahim.. My wish? Biarlah rahsia...hehe


me & second cake. weee~

p/s: Hoping that we are under HIS bless and having a blissful life with loved ones. XOXO
                                       

Wednesday 25 April 2012

Back Again...

Salam...

Hai buat yg sudi baca blog saya..:) Phew!! lama giler tak update blog. Rasanya kalau blog ni printed material, dah lama debu-debu & habuk-habuk tebal macam dalam cerita hantu.. erkk.. ada kaitan ke?hehe.. OK Zda, apa reason lama tak update blog? well, hmm... biaselah, busy yang tak berapa nak busy (seriously, busy)hehe.. Then, bila kat shah alam, susah nak online, pastu takdak idea nak cite ape... but more to takda idea... hehe...

Laaa ni baru dapat update blog sebab tengah cuti mid sem, then tibe2 idea nak membebel datang mencurah bagai ke ladang gandum. To be honest, I can membebel for hours kalau bercakap. Tapi, kalau nak membebel kat tulisan tu maybe tak berapa nak "bergaya" lah. hehe... So, banyaknye dalam kepala ni yang nak dikeluarkan.. Dah overload ni... Relaks Zda, kuarkan satu2 ye... Nanti caca marba hang punya entry....;))

OK, first of all, life as a student, saya dah part 2 or semester 2... How time flies... Rasa macam baru je masuk kat puncak nun... *memang puncak sangat coz dah nak hujung selangor...hehe... ALHAMDULILLAH, everything went well so far.. But, sometimes we do having some difficulties.. Tapi mak ok jerr... Kalau tak rasa susah, tak rasa nikmat kejayaan kan...;))
Assignments pon dah menggunung macam setinggi nama tempat tu.. *oit Zda! toksah nak mengadu kat blog ni pasal assignments banyak.. Orang lain pon ada lagi banyak assignments daripada hang... whoopss!!:)
Kelas pon okay... Yang best nyer gua takde kelas hari Isnin beb....hehe.. So, maknanya takde jugak istilah Monday Blues for me bebeh...*wink2

Then, life sebagai seorang insan... Tiada apa yang saya harapkan & saya azamkan selain daripada menjadi someone yang penuh dengan value yang patut ada dalam diri seorang manusia *mode skema dah mai...
Sentiasa mengingatkan diri yang jangan nak kata orang sebab kita tak tau apa yang orang tu alami, be humble, ilmu yang dituntut bukan untuk bermegah-megah, sabar, senyum & jangan putus berdoa untuk diri sendiri & paling penting jangan kedekut berdoa untuk orang lain... Baru lah terasa this is best brooo...;))
Sama-sama doa untuk harapan saya ni ye.. Moga kita semua sama2 dapat jadi someone yang sungguh sentimental value di mata ALLAH.. INSHAALLAH....;))

OK lah, itu saja untuk setakat ni... I supposed I shall update my entry few days from now. Update entry sebagai seorang yang berusia 23 tahun... *bukan nak heboh kan birthday...hehe...
Nak rasa ada perubahan ke tak bila umur meningkat.. Umur tu muda lagi kan...haha..

Daaaa...
   
p/s: "The strong isn't the one who overcomes the people by his strength, but the strong is                  one who controls himself while in anger." -(Bukhari)-

Friday 20 January 2012

Checklist utk CUTI..

Assalamualaikum...

       ALHAMDULILLAH.... Selesai sudah perjuanganku menghadapi exam.. Yup, I've been isolated myself from any entertainment just to make myself focus on the examination. Sounds kerek kan... Tapi, to be honest I admit that Im the one who cant keep focus when there are distractions around me. Tak boleh tahan... Nanti buku yg tengok kita, bukan kita tengok buku. Hehe... Now, the battle is over bebeh... Hanya menunggu result sahaja. TAWAKKAL TU 'ALALLAH setelah sedaya upaya melakukan yg terbaik. Apapon, ALLAH knows best. So, sekarang cuti dah bermula..*macam cuti sekolah pulak..hehe.. Tempoh yg diberikan adalah selama 1 bulan 2 minggu saje maaa.. Dan itu juga bermakna, saya perlu rancang cuti ini dgn sebaiknya. I want it becomes meaningful break.;))
 
         Abis je exam, dalam kepala saya ni dah ada checklist utk cuti... hehe. Mudah2an tertunailah semua yang ada dalam checklist ni.

#1 I wanna spend quality time with my family. Yup, Im a family woman and without them I am nothing.

#2 Saya nak khatamkan bacaan Quran. Another 7 juzuks left. Ameen...

#3 Nak baca buku yg dah siap2 beli kt bookstore. *Memang akan sentiasa ada pertambahan koleksi bacaan    saya. Hehe...

#4 Saya nak mkn makanan ape je yg ada dlm kepala ni atau dalam erti kata lain, nak "mencomelkan" sikit badan ni. Hehe.

#5 Hampir terlupa. Ni memang tugas wajib saya setiap kali ada kt rumah. Apa lagi kalau bukan menjadi driver Madam saya. hehe. Omak den lah.

#6 "Lepas geram" tgk TV. Seriously, lama sangat tak tengok TV. But, on selecting programs je lah..

#7 Bila cuti juga, bermakna, FB & Twitter saya sentiasa berada dalam mode online. Yup, I am available. Almaklumlah, banyak masa terluang kan... hehehe...

      OK, itu saje checklist saya.. Takdelah banyak mana, tapi entah berapa yang terlaksana kan... hahaha.
Above all, I just wanna wish myself n friends, HAPPY HOLIDAY.. Do spend your holiday wisely ya!!;))



Inilah buku yg saya beli utk "teman" saya time cuti.
Its a true story pasal seorang ibu anak 3 diculik & dilacurkan. Pengalaman penulis buku ni sendiri.
*sorry xtau mcm mana nak rotate gambar dkt blog.;))


P/S: T'igt dulu time sekolah, cikgu selalu ingatkan, pastikan bila naik je sekolah balik, semua anggota badan masih lengkap lagi. Hehehe....
                                         

Saturday 31 December 2011

Tahun Berganti....SALAM 2012

Salam semua...

          Mode: blur... haha.. Oh yeahh!! Only few hours or perhaps minutes that we are going to say HI to 2012 and bubye 2011.. pheww!! rasa sekejap masa kan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun berikutnya.. *kalendar 2012 takda lagi ni...hehe.. Tahun baru, apa yang kena baru? baju? fesyen? stail? ohhh... no.. no.. no.. Saya hanya fikir yang umur saya & kita semua makin meningkat & itu juga bermaksud kita semakin menghampiri  salah satu circle kehidupan kita sebagai manusia. ALLAHUAKBAR.... Itu antara yg utama yang patut kita fikirkan. Takdelah rasa nak enjoy je kan?;)
     
        Another thing is, untuk tahun 2012 saya takde azam. I bet that those who read this will think that I dont have vision. Haha... Nevermind... Nak berazam, tak perlu tunggu nak masuk tahun baru. Buat azam on the 1st day for every year, but, selalunya, belum sampai tengah tahun dah lupa kan? hehe... Kalau betul2 yang nak makesure azamnya tercapai, PLEASE, DO YOUR OWN REMINDER!! take note... tulislah kat mane2 yang kita mudah nampak, mudah baca... inshaALLAH, terlaksana lah azam anda itu... ok, back to mine. Saya takda azam sebab saya sentiasa ada je benda yang saya nak perbaharui. Sebab saya sedar yang diri saya ni banyak sangat kekurangan. So, I just want to be better and better person. Bukan kena ikut tahun nak renew skills or nak gain knowledge. Sesungguhnya, peringatan daripada orang2 sekeliling sangat penting kan untuk mencari diri kita... Jadi, PLEASE KEEP REMIND ME ABOUT TO BE A BETTER PERSON... Saya banyak kekurangan.... Semoga ALLAH sentiasa menetapkan hati saya untuk terus belajar & belajar. ameen ya rabb...

       Mengenai 2011, banyak yang saya belajar, yang saya lalui... Tidak mahu dipanggil kenangan pahit atau manis kerana bagi saya, setiap pengalaman yang saya lalui cukup mengajar saya mengenai sesuatu perkara. Cukup membuka mata saya untuk lebih mengenali kemampuan diri. All the memories are precious indeed. Terima kasih kepada orang2 di sekeliling saya terutama keluarga, sahabat handai & semua kerana sama2 memberikan pengalaman kepada saya. Mengenali & menyayangi mereka semua lebih buatkan saya cool bila berhadapan dengan kekalutan. ALHAMDULILLAH... 

     Innallaha ma'as sobirin... Allah beserta orang2 yang sabar... Itulah ayat favourite saya untuk tahun 2011 & InshaALLAH akan terus jadi favourite setiap masa. Hati saya sebak bila membaca ayat tersebut di dalam Surah al-Anfal. Yup!! Itu menjadi ayat motivasi bila setiap kali saya merasa sedih, tension & nak marah. I would cried whenever I recite this surah. SUBHANALLAH... Semoga Quran akan sentiasa menjadi teman rapat kita semua kerana ayat2 di dalam Quran itu adalah kata2 cinta daripada ALLAH....

     Last but not least, semakin menghampiri ke penghujung tahun 2011, saya didatangi satu kebahagiaan. Apa dia? Biarlah rahsia. hehe.. Ape pun, sentiasa mengharapkan redha daripadaNYA & semoga sentiasa diberikan yang terbaik & semoga segala keputusan yang dibuat akan sentiasa mendatangkan kebaikan. INSHAALLAH....

      After all, mudah-mudahan 2012 akan memberikan yang terbaik buat kita semua... Semoga kehidupan kita, diri kita lebih baik dari yang sebelumnya. Tiada apa yang lebih diharapkan melainkan kebaikan. Tapi, seandainya sesuatu yang diluar jangkaan & perancangan kita berlaku, terima dengan hati terbuka kerana sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNYA...

           

               P/S: Saya juga mendoakan agar para pemimpin lebih "bijaksana" di dalam 
                      menguruskan pentadbiran... 
                     *no... Im not campaigning... Just voice out my hope...;)