Saturday 31 December 2011

Tahun Berganti....SALAM 2012

Salam semua...

          Mode: blur... haha.. Oh yeahh!! Only few hours or perhaps minutes that we are going to say HI to 2012 and bubye 2011.. pheww!! rasa sekejap masa kan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun berikutnya.. *kalendar 2012 takda lagi ni...hehe.. Tahun baru, apa yang kena baru? baju? fesyen? stail? ohhh... no.. no.. no.. Saya hanya fikir yang umur saya & kita semua makin meningkat & itu juga bermaksud kita semakin menghampiri  salah satu circle kehidupan kita sebagai manusia. ALLAHUAKBAR.... Itu antara yg utama yang patut kita fikirkan. Takdelah rasa nak enjoy je kan?;)
     
        Another thing is, untuk tahun 2012 saya takde azam. I bet that those who read this will think that I dont have vision. Haha... Nevermind... Nak berazam, tak perlu tunggu nak masuk tahun baru. Buat azam on the 1st day for every year, but, selalunya, belum sampai tengah tahun dah lupa kan? hehe... Kalau betul2 yang nak makesure azamnya tercapai, PLEASE, DO YOUR OWN REMINDER!! take note... tulislah kat mane2 yang kita mudah nampak, mudah baca... inshaALLAH, terlaksana lah azam anda itu... ok, back to mine. Saya takda azam sebab saya sentiasa ada je benda yang saya nak perbaharui. Sebab saya sedar yang diri saya ni banyak sangat kekurangan. So, I just want to be better and better person. Bukan kena ikut tahun nak renew skills or nak gain knowledge. Sesungguhnya, peringatan daripada orang2 sekeliling sangat penting kan untuk mencari diri kita... Jadi, PLEASE KEEP REMIND ME ABOUT TO BE A BETTER PERSON... Saya banyak kekurangan.... Semoga ALLAH sentiasa menetapkan hati saya untuk terus belajar & belajar. ameen ya rabb...

       Mengenai 2011, banyak yang saya belajar, yang saya lalui... Tidak mahu dipanggil kenangan pahit atau manis kerana bagi saya, setiap pengalaman yang saya lalui cukup mengajar saya mengenai sesuatu perkara. Cukup membuka mata saya untuk lebih mengenali kemampuan diri. All the memories are precious indeed. Terima kasih kepada orang2 di sekeliling saya terutama keluarga, sahabat handai & semua kerana sama2 memberikan pengalaman kepada saya. Mengenali & menyayangi mereka semua lebih buatkan saya cool bila berhadapan dengan kekalutan. ALHAMDULILLAH... 

     Innallaha ma'as sobirin... Allah beserta orang2 yang sabar... Itulah ayat favourite saya untuk tahun 2011 & InshaALLAH akan terus jadi favourite setiap masa. Hati saya sebak bila membaca ayat tersebut di dalam Surah al-Anfal. Yup!! Itu menjadi ayat motivasi bila setiap kali saya merasa sedih, tension & nak marah. I would cried whenever I recite this surah. SUBHANALLAH... Semoga Quran akan sentiasa menjadi teman rapat kita semua kerana ayat2 di dalam Quran itu adalah kata2 cinta daripada ALLAH....

     Last but not least, semakin menghampiri ke penghujung tahun 2011, saya didatangi satu kebahagiaan. Apa dia? Biarlah rahsia. hehe.. Ape pun, sentiasa mengharapkan redha daripadaNYA & semoga sentiasa diberikan yang terbaik & semoga segala keputusan yang dibuat akan sentiasa mendatangkan kebaikan. INSHAALLAH....

      After all, mudah-mudahan 2012 akan memberikan yang terbaik buat kita semua... Semoga kehidupan kita, diri kita lebih baik dari yang sebelumnya. Tiada apa yang lebih diharapkan melainkan kebaikan. Tapi, seandainya sesuatu yang diluar jangkaan & perancangan kita berlaku, terima dengan hati terbuka kerana sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNYA...

           

               P/S: Saya juga mendoakan agar para pemimpin lebih "bijaksana" di dalam 
                      menguruskan pentadbiran... 
                     *no... Im not campaigning... Just voice out my hope...;)
     

                                               
       

Sunday 4 December 2011

Sayangkan FB Tinggal2kan....

Salam semua...

       Mode: mengantuk ni... But, I insist to post my entry this time. Bukan apa, bila pikir yang lepas ni memang tak  dapat nak online coz nak melunaskan tanggungjawab yang menanti. Yup, kalendar dah penuh dengan submission date untuk assignments, tests, presentations... urghhh!!! I know that not only me who felt this way. But, sekadar nak meluah rasa. Its not a big issue indeed kan... Hehe..
   
      Sebab lain tak online adalah kerana I dont get any internet connection. Percaya atau tak, saya BUKAN PENGGUNA BROADBAND. haha.. Thats true. Macam mana saya nak buat assignments? Bila balik melaka saya gunalah wireless di rumah saya sampai rasa nak muntah (sebab bosan). Haha... Jadi, hari saya post entry ini, adalah hari saya akan pulang semula ke Shah Alam. Hari ni juga saya terpaksa "tinggalkan" FB & Twitter sehingga semuanya selesai. Mungkin sehingga semester berakhir. InshaALLAH...

       Di kesempatan ini, saya memohon ampun & maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara kepada semua yang mengenali diri ini. Mohon semua mendoakan kejayaan saya & rakan-rakan yang sama2 menghadapi perjuangan dalam menuntut ilmu. Harapan saya agar saya  & rakan2 sentiasa istiqamah dalam menghadapi perjuangan ini. Semoga kami cukup kuat untuk menyiapkan tugasan yang diberi. After all, I believed that I can  survive without FB or any online entertainment. Hehehe...


Saya sayang sgt kalendar ni. Segala tarikh penting saya akan catat.
It always be on my desk. December saya dah fully booked!!:)


ni masa kt Sunway Pyramid. One of my houzmates belanja makan pizza.
Thanks so much Rasyidah. Semoga terus success. Barakallah!!


This is during our trip at UIA. Visit library, kena buat report & buat digital library
sendiri. Itulah tugasan untuk subjek yang takda final paper. So, it would be final project. huhu




P/S: Inilah doa saya setiap kali saya rasa pressure & sedih.
"YA ALLAH, tidak ada kemudahan melainkan sesuatu yang
Engkau permudahkan. Dan Engkau menjadikan kedukaan itu mudah 
sekiranya Engkau kehendaki."

Selain itu, amalkan juga membaca surah AL-Insyirah. InshaALLAH dilapangkan dada
sewaktu merasa sedih.

BARAKALLAHU FIKHA everyone!!:)

Wednesday 16 November 2011

Kembali Setelah Sekian Lama.....

Salam semua....

      Wah!!!rasanya memang agak lama saya tak mencoretkan nukilan saya di blog ini yang rasanya bukan takat berhabuk, tapi, debu & pasir sume pon ada..haha.. kekangan masa, xde idea, banyak hal itu & ini menghalang saya itu singgah sat kat blog ni... aduhhh...rindu bangat..:)

      Oklah, xnak dok membebel je kt intro... nanti ada yg menguap... So, banyakk yg saya nak share. First of all, Im no longer in UiTM Segamat. Jika ada yg membaca entry saya sebelum ni, saya ada bercerita tentang fast track & dilema saya mengenainya, kini, ALHAMDULILLAH.... Im here in UiTM Puncak Perdana where at the first time I was here, all feelings are mixed up. Terkejut (sebab environment lain dgn Segamat), homesick (sebab lama sgt cuti)..hehe.. blur (sebab xtau apa yg bakal belajar) and byk lagi sebab yg xyah lah nak masukkan...:)
It takes almost weeks to "recover" from those feelings... yeah!! Saya jadi "cengeng" which I cried when thinking about difficulties..*blushing2... But then, saya motivate jiwa saya dgn mengatakan kt diri sendiri, "Zda, nak berjaya kena harungi kesusahan dulu.. mana ada kejayaan dtg bergolek kalau tak kuat.." Then, tadaaa... Im ok finally.. Another solution is pray n pray n pray.. never stop praying walau apa jua keadaan sebab itu sumber kekuatan jiwa yg sebenar... ALLAH is always be there for U...:)

         Kt Puncak ni (nickname for Puncak Perdana), saya stay dgn 4 org lagi (Atul, Syidah, Mimi & Anem)  rakan saya yg pernah jadi coursemate saya masa kt Segamat. Kami sama2 meneruskan perjuangan kami yg masih belum selesai..hehe.. ALHAMDULILLAH... everything went well until now... Kelas pon okayyy... Kelas kami semua perempuan. Ada 12 org jerr. Lecturers pon sangat best (bukan bodek yerr)hehe. Assignments pon OK jugak even ada lagi subjek masih belum dpt assignment hingga saat entry ini dipost...hehe.

       Inilah serba sedikit mengenai dunia baru saya. Dunia biasa yang orang lain dah alami tapi bagi saya, setiap pengalaman walau sekecil-kecil kenangan, tapi, cukup mengajar seorang insan mengenai hidup. Yang penting ialah bagaimana insan itu memanfaatkan & menyimpan pengalaman itu.

Akhir kata sebelum saya akhiri entry ini, saya nak sertakan gambar bersama rakan2 saya & maaf andai kata-kata mengundang rasa kurang senang. Sekadar mahu berkongsi cerita.:)





US (from left: atul, syidah, me & mimi)


me before the class..:)
                             
P/S: A good looking woman works out to keep her body in shape. But a pretty woman kneels down in prayer to keep her heart in shape....:)

Sunday 3 July 2011

Coretan di Hujung Minggu...

Salam...

Coretan pertama di bulan Julai di petang hujung minggu yang kebanyakkan orang ambil kesempatan untuk merehatkan diri & bersantai mengikut gaya mereka yang tersendiri. Saya? Hanya duduk di rumah, m'habiskan masa dengan melakukan sedikit pembacaan mengenai isu-isu semasa, membaca mengenai sesuatu yang boleh memberikan motivasi diri sebab self-esteem ni macam topup handphone jugak. Bila tiba waktu nak expired, kena topup & ada jugak saya menonton tv yang sekarang baru saya sedar, saya tak dah tak gemar untuk duduk di depan tv & tak kisah kalau termissed satu-satu rancangan macam dulu. Mungkin kerana terbiasa tak tengok tv sejak kembali menjadi pelajar.

Hari ini saya rasa sedikit keletihan kerana semalam (Sabtu, 2/7/2011), saya menghadiri majlis pertunangan anak sepupu saya juga merangkap anak buah saya di Puchong, Selangor. ALHAMDULILLAH...That ceremony went well dengan kehadiran saudara-mara terdekat cukup memeriahkan suasana. Tahniah kepada Shafirul & Asrina di atas pertunangan kalian. Happy for both of u. Mak Ida (gelaran anak-anak sepupu kepada saya) doakan semoga cinta anda berdua kekal bukan setakat di dunia sahaja, tetapi di hingga ke syurga. Apa pon, majlis pertunangan tu memang superb, ringkas... Manis melihat pasangan ini mengenakan baju songket yang sedondon. Dengarnya, itu pakaian lama kepunyaan ibu bapa pihak perempuan. How sweettt... sentimental value betol tu. Kuih-muih yang dihidangkan pon sedap-sedap belaka. Errr...should I talked about foods.. hehe.. As usual, most of the time in any family event, I would become a photographer. Yes, i would. And I would like to share the moment during the ceremony.


me n asrina soon to be bride...inshaALLAH...


shafirul & asrina...meant to each other..:)


the gifts from both side...


anggur emas...hehe


kaum hawa dari belah lelaki..


nice..simple..

P/S: sekali sekala keluar dari zon serius dalam post...:)

Wednesday 29 June 2011

Di Sebalik Isra' & Mikraj

Salam...

Pagi 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab yang dirasa begitu indah kerana bumi disirami hujan. Tenang & damai. I just love rainy day and each weather makes me being grateful to ALLAH. ALHAMDULILLAH & SUBHANALLAH. Setiap ciptaanNYA adalah seindah-indah & sesempurna ciptaan. Takde sebab untuk kita mengeluh di atas setiap kekurangan. 27 Rejab bukan sekadar satu tarikh bagi takwim Islam, tetapi tarikh ini terjadinya satu peristiwa yang begitu besar maknanya kepada Islam. Peristiwa Isra' & Mikraj. Hmm.. I bet, ramai yang tahu menyebut 'Isra' & Mikraj' tetapi, berapa ramai yang tahu apa itu Isra' Mikraj? Wallahualam... Tak dinafikan di institusi-institusi pendidikan ada diletakkan di dalam syllabus subjek Pendidikan Islam mengenai peristiwa Isra' & Mikraj, tetapi pengajaran yang hanya bersifat 'sebentar' adakah mampu untuk membantu golongan muda menghayati erti sebenar Isra' & Mikraj? Kalau tempoh enam bulan sebelum kemerdekaan diperuntukkan untuk melakukan persiapan bagi menyambut Hari Kemerdekaan, kenapa tak kita sama-sama sebagai umat ISLAM memikirkan cara untuk mengimarahkan setiap peristiwa bersejarah di dalam dunia ISLAM? Pengertian, penghayatan & pengamalan diperlukan bagi menanam semangat & pengajaran di sebalik setiap peristiwa. Bagi yang terlupa apa itu Isra' & Mikraj, Isra' ialah perjalanan Rasullullah SAW. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ditemani Jibrail & Israfil manakala Mikraj ialah perjalanan Rasullullah SAW naik ke langit. Keseluruhan perjalanan Rasullullah SAW di dalam peristiwa ini hanya mengambil masa selama satu malam dengan menaiki Bura' & ditemani malaikat Jibrail Alaihissalam. SUBHANALLAH... Maha Suci ALLAH... Tak terjangkau akal fikiran manusia bagaimana perjalanan Rasullullah SAW & bagaimana pantasnya perjalanan tersebut. Sedangkan sepantas-pantas roket ciptaan manusia memakan masa berminggu untuk sampai ke angkasa, inikan pula langit. Itulah rahsia ALLAH yang terkandung hikmah disebaliknya. WALLAHUALAM...




Semasa di dalam perjalanan tersebut Rasullullah SAW telah menyaksikan & berhadapan dengan pelbagai peristwiwa yang mana setiap peristiwa memberi signifikan & gambaran yang besar kepada kehidupan umat Baginda. Sewaktu di Isra' kan, Baginda menyaksikan beberapa golongan manusia yang menghadapi beberapa situasi antaranya:
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan.
  • Orang yang sedang memecahkan kepala mereka sendiri & setiap kali kepala mereka pecah, akan sembuh semula & mereka akan memecahkan kembali begitula seterusnya. Jibrail memberitahu Rasulullah SAW, "Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)".
  • Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul & dubur) dengan secebis kain dan mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api & batu dari Neraka Jahannam. Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki & perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Itulah lelaki/perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki/perempuan itu masing-masing sudah mempunyai isteri/suami.
  • Lelaki yang berenang di sungai darah & dilontar batu. Itulah orang yang memakan riba'.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas bakul tidak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi dengan kayu yang lain. Itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi menerima amanah yang lain.
  • Suatu kaum yang mengunting lidah & bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting lidah & bibir mereka kembali seperti biasa. Itulah orang yang membuat fitnah & mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak lakukan.
  • Kaum yang mencakar muka & dada mereka dengan dengan kuku tembaga mereka. Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) & menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.
  • Seekor lembu yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasullullah SAW tidak mempedulikannya. Itulah dunia. Jika Rasullullah SAW memberi perhatian kepadanya, nescaya, umat Islam akan mengutamakan dunia berbanding akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasullullah SAW berhenti. Tetapi Rasullullah SAW tidak mempedulikannya. Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasullullah SAW untuk menanyakan sesuatu. Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua  menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjidil Aqsa, Rasullullah Saw turun dari Buraq, masuk ke dalam masjid & mengimamkan solat dua rakaat dengan segala para anbia' & mursalimn menjadi makmum. Kemudian Rasullullah SAW berasa dahaga & Jibrail membawa dua minuman iaitu arak & susu. Rasullullah SAW telah memilih susu. Kata Jibrail, Baginda telah membuat pilihan yang betul. Jika arak yang dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan sesat.

Rasullullah SAW kemudian meneruskan perjalanan bersama Buraq & Jibrail naik ke Hadratul-Qudus untuk menemui ALLAH TAALA.
  • Di langit pertama, Baginda & Jibrail berjumpa dengan Nabi Adam as. Kemudian dapat melihat orang yang memakan riba' & harta anak yatim & melihat orang yang berzina dengan mempunyai rupa & kelakuan yang hodoh & buruk.
  • Langit kedua, dipertemukan dengan Nabi Isa as & Nabi Yahya as.
  • Langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf as.
  • Langit keempat bertemu dengan Nabi Idris as
  • Langit kelima bertemu dengan Nabi Harun yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.
  • Langit keenam bertemu dengan nabi-nabi seterusnya Nabi Musa as & Rasullullah SAW mengangkat muka (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa dihisab.
  • Langit ketujuh bertemu dengan Nabi Ibrahim as yang memberitahu bahwa Rasullullah akan bertemu ALLAH & mendoakan umat Baginda yang menjadi umat akhir zaman & terlalu daif.
  • Tangga kelapan Baginda menemui pokok Sidratul Muntaha & menyaksikan sendiri keajaiban yang terdapat pada pohon tersebut.
  • Tangga kesembilan Rasullullah SAW masuk ke dalam nur & naik ke Mustawa & Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'arasy iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikir, hatinya tertumpu kepada masjid & tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga kesepuluh Rasullullah SAW bertemu ALLAH TAALA. Di pertemuan ini telah berlaku dialog antara Rasullullah SAW bersama ALLAH TAALA.
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika. 
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Betapa beruntungnya mahluk bernama manusia selaku umat Islam,umat yang terakhir zaman kerana ditinggalkan dengan pelbagai kelebihan sebagai 'penyelamat' & kebaikan untuk kehidupan. Sayangnya, masih ada yang tak pandai menghargai kelebihan yang diberikan. Tidak diberikan kesusahan untuk menunaikan ibadah malah dikurang solat daripada 50 waktu menjadi 5 waktu sahaja. Diberikan pelbagai pengajaran bagi melengkapkan bekal amalan iaitu sedekah, hijrah, ayat-ayat Al-Quran, amar makruf nahi mungkar, tapi masih ada yang menafikan kemungkaran yang berlaku. Mari sama-sama muhasabah diri kita & tanya pada diri adakah layak untuk kita termasuk dalam 70 ribu orang yang msuk syurga tanpa perlu dihisab?



P/S: Basahkan lidah dengan zikrullah & tanamkan pohon-pohon di syurga dengan ungkapan "WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM"...


PP




Tuesday 28 June 2011

Isu Semasa:"BERSIH"kan Hati Demi Nasib Rakyat

Salam...

Post kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini. Kalau sebelum ini saya bercakap mengenai dunia perasaan & dunia individu kepada individu lain, tapi, kali ini saya keluar daripada 'kepompong'. Lain. Bukan apa, saya merasakan saya semakin letih kalau terlalu 'stick' dengan satu 'dunia' sahaja. Let's be different. Err... I mean, kita kena serba boleh. I guess the way we talk and write will tell people about who we are. Sebagai yang digelar pemuda pemudi harapan bangsa, saya rasa perlu untuk kita semua 'ambil tahu' apa yang berlaku dalam negara. Sekadar mahu berkongsi pandangan mengenai beberapa 'fenomena' yang melibatkan 'kandungan' negara. Memang 'takde keje' bak kata orang terhadap mereka yang berfikir & bercakap mengenai ini. Tetapi, perlu difikirkan juga, kadang-kadang dengan sikap 'ambil mudah' (sesetengah individu) adakalanya 'memakan diri'. Ambil tahu sekadar mengingati yang kita masih warganegara sesebuah negara. Merancang mahu melelapkan mata setelah membaca beberapa artikel di beberapa akhbar online kerana sudah menjadi rutin saya untuk membaca sebelum tidur. Sekadar mahu sel-sel otak berkembang sewaktu tidur. Tapi, saya menyambung bacaan buku "A DOCTOR IN THE HOUSE" by Tun Dr. Mahathir & akhirnya membawa saya untuk meluahkan apa yang saya sedang fikirkan & kemudian saya rasa barulah saya boleh melelapkan mata.:)

Artikel yang pertama yang saya baca adalah di The Star Online, an opinion from famous journalist, Daphne Iking yang bercakap mengenai "Put Our Different Aside" yang mana beliau memberi komen bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi & rakyat bebas mengeluarkan pandangan dengan berpaksikan kedaulatan perlembagaan. Dan media juga tidak 'bias'. Artikel lain yang betul-betul membawa saya ke arah penulisan ini adalah daripada saudara Aspan Alias yang berkomentar di The Malaysian Insider. Tajuk artikelnya cukup menarik hati saya untuk membaca sehingga ke perkataan terakhir artikel beliau. Artikel yang bertajuk "Berlubang Sana, Berlubang Sini" seolah-olah membongkar rasa setiap rakyat. Saya nak berkongsi sedikit petikan yang terdapat di dalam artikel ini.
"Negara adalah kepunyaan rakyat dan rakyat berhak untuk sentiasa mencari dan memilih pihak mana yang lebih dipercayai oleh mereka. Jika rakyat mendapati pihak yang telah di pilih sebegitu lama untuk mentadbir negara kepunyaan rakyat itu telah menyimpang dari apa yang sepatutnya mereka lakukan, rakyat boleh menggantikannya dengan pihak atau kumpulan yang lain."
Itulah sebabnya adalah tidak wajar pihak yang memerintah menggunakan kuasa dan pengaruh dengan sewenang-wenangnya dengan menutupi apa sebenarnya yang berlaku dan dilakukan oleh pihak yang telah menyimpang dari tanggunjawab mereka untuk mentadbir rakyat dengan baik Rakyat wajar meneliti rekod mereka yang telah memerintah itu Pemimpin negara itu adalah hamba kepada rakyat dan bukannya rakyat yang diperhambakan oleh pemimpin yang mereka pilih."
Itulah sebahagian daripada petikan artikel beliau yang 'dikeluarkan' khusus bagi memberi tindak balas isu BERSIH. Sejujurnya, pada mulanya saya tidak tahu apa yang diperkatakan umum mengenai BERSIH sebab saya ni ikut mood nak baca newspaper ataupun tengok berita sebab headlines berita sekarang merapu. Kemudian saya buat reviewed and i knew what is BERSIH actually. BERSIH ini menyampaikan tuntutan bagi pilihanraya yang dijalankan secara telus,amanah & adil. Apa yang menjadi hangat ialah apabila BERSIH mahu membuat perhimpunan besar-besaran bagi memprotes proses salah satu sistem yang menjadi tanda kepada negara demokrasi ini. Yang membuatkan saya terfikir tentang satu perkara ialah "Is it shows that the 'elections' are using 'shortcuts' since ages ago?" And of course, we want a CLEAN election's process.!

Tak dapat dinafikan bahawa kelihatan sedikit 'kepincangan' di dalam negara ini. Bukanlah level saya untuk menuduh atau mengata pihak atau parti mana yang nampak pincangnya. Tapi, kepincangan yang berlaku kelihatan pada individu-individu yang mempunyai agama yang sama, memiliki status bangsa yang sama & berada di bawah langit yang sama. Masing-masing cuba membuka pekung pihak lain dengan cara yang pelbagai yang bila difikirkan ada yang sampai melanggar norma. Malang atau dikata tuah tidaklah saya tahu kerana individu yang berjaya menunjukkan sesuatu keaiban tersenyum bangga kerana telah berjaya merealisasikan hasrat hati.

Saya tidak menyokong mana-mana parti kerana saya BUKAN PENCINTA POLITIK, tetapi saya sebagai antara generasi muda merasakan suara kami perlu didengar. Yang membuatkan saya kesal dengan situasi politik negara kini adalah kebanyakkan pemimpin bersikap seperti bapa ketam mengajar anaknya berjalan. Banyak contoh yang boleh saya kaitkan di sini tetapi yang paling jelas bersuluh adalah mengenai tayangan video salah laku individu yang dikata pemimpin pembangkang kepada umum oleh trio seorang dato'. Cukup 'sempurna' cara ini untuk menjadi 'tauladan' kepada anak-anak. Tauladan yang sangat melampau. Niat pemerintah mahu menjadikan rakyat terutama generasi muda cintakan patriotisme, tetapi, cukup dengan penayangan video tersebut boleh menjadikan rakyat patriotik ke arah mengupload 'video' buatan mereka sendiri. Tak hairanlah kenapa ramai remaja-remaja di luar sana sudah hilang rasa 'malu'.




Dan apabila di dalam buku 'A Doctor In The House', Tun Dr. Mahathir sendiri mengatakan bahawa rasuah adalah antara perkara yang susah untuk dilupuskan. Antara kata-kata beliau adalah,
"I realised very early in that it would not be easy to act againsts corrupt officers. Even if they could be taken to court, the case may not stick." (p.350)

Hmm... Dalamnya pemikiran saya apabila saya berpendapat bahawa  sebelum 'dosa-dosa besar' orang lain dihebahkan, haruslah individu yang eager untuk menjadi juruhebah untuk menilai diri sendiri dahulu. I dare to say that is like one in a million to see if there is a v.i.p that being 'mr. clean'. 

Tolonglah orang besar-besar untuk menghentikan segala perbalahan yang 'caca marba' ni. Kami mahukan kepimpinan melalui tauladan, bukan kepimpinan melalui perbalahan. Dua parti utama memperjuangkan hal yang sama iaitu agama & bangsa sekaligus memelihara hak anak bangsa iaitu UMNO & PAS. UMNO pada dulu, kini & selamanya memperjuangkan hak orang-orang Melayu, manakala PAS memperjuangkan hak agama ISLAM. As we all know, malay is a MUSLIM. Saya membayangkan alangkah indahnya jika mereka-mereka di dalam parti yang pelbagai ini boleh duduk semeja membincangkan MASALAH RAKYAT. Keganasan terhadap kanak-kanak & wanita, menaik tarafkan sistem pendidikan, zero kemiskinan & saya pasti masalah kemiskinan semakin menghimpit apabila negara dirasa semakin ke arah "kapitalisme". Agak kasar jika saya katakan bahawa individu-individu yang berbalah ini seolah-olah menunjukkan kebodohan di sebalik kepandaian kerana mereka adalah dari bangsa yang sama,agama yang sama, tetapi berbalah untuk sesuatu yang menjadi hak semua. Bagaimana bangsa lain melihatnya? Ketika sana sini dok sibuk laungkan "1 MALAYSIA", ada yang ketawa geli hati kerana konon dikata mahu bersatu semua bangsa, tetapi bangsa sendiri dah kelam kabut. Lagu mana chekkk??




 Duhai pemimpin-pemimpinku,

Bersatulah kalian dan laksanakan amanah yang telah diamanahkan kepadamu kerana itu lah perkara utama yang akan disoal di akhirat kelak. Jangan terlalu mengejar kehormatan kerana itu akan membinasakan. Sedih apabila mengenangkan manusia zaman sekarang melakukan sesuatu tanpa membayangkan dunia yang kekal sana. Rindu pada pemimpin yang adilnya seperti pemimpin Khulafa' Al Rasyidin, yang mengamalkan syariatullah & sunnatullah kerana itu kunci kedamaian yang sebenarnya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Semoga kita semua dijauhkan daripada kezaliman pemerintah...WALLAHUALAM...



P/S: "Gilakan penghormatan itu terlarang, tetapi menjadi orang terhormat perlu dijadikan tujuan hidup."-Imam Al Ghazali-

Monday 20 June 2011

Signifikan Frust Kepada Cinta

Salam...

Terlintas di kepala saya mengenai title ini ketika saya memandu pulang selepas menghantar kakak saya ke tempat kerja. Melalui lebuhraya AMJ untuk sampai ke rumah mengambil masa kerana terdapat banyak traffic lights yang agak membosankan kerana saya tidak suka menunggu. Tapi, saya dah biasa & dah jadi friendly dengan jalan terbabit. Sebagai 'perencah' bagi menghilangkan boring, saya mendengar lagu-lagu yang kena dengan jiwa. Saya seorang universal listener & tidak kisah genre apa yang dihidang kepada telinga saya. Cuma, saya lebih cenderung kepada pop ballad sebab genre tersebut tidak terlalu berat & sebenarnya ikut mood. Kebetulan mood saya pada pagi ni agak sepoi-sepoi bahasa gitu. Haha... Ok, bila terdengar lagu Alyah bertajuk "Kisah Hati", mengilhamkan saya untuk bercakap mengenai frust atau kecewa dalam bercinta. Mungkin ada yang menganggap frust tu hal biasa & small matter bila termasuk dalam konteks bercinta. Tapi, seandainya diikutkan frust tu, boleh memberikan impak besar dalam hidup. Ye tak?

Soalan saya, siapa pernah putus cinta? Hmm...ramai yang mengaku pernah & ada juga yang agak malu-malu nak mengaku. Its okay dear... Rasanya ramai yang melalui fasa kecewa dalam bercinta terutama bila dalam alam remaja. Yelah, orang kata darah muda & budak tengah nak naik gitu. Ghairah kejar cinta untuk rasa dicintai & mencintai. Ehem... Ada pro & kontra nye  situasi tersebut. Pada pihak pro, ia bagus sebagai salah satu medium untuk menempuh kematangan (tak bermakna yang tak pernah couple tak matang), mungkin yang pernah bercouple  boleh belajar sesuatu sebagai pengajaran melalui komitmen yang dilalui. Dan bagi sebelah kontra pula, banyak & seringkali didedahkan padah menjalinkan hubungan cinta sewaktu umur "setahun jagung". Sorry, i dont blame people who are in love coz i've been in 'that' world before. Alamak! bocor rahsia... Haha... Nak kata saya bercakap melalui pengalaman sendiri tak juga sebab saya ni single dalam usia yang orang sekeliling tanya dah ada someone ke?  Dan juga ramai rakan sebaya yang dah 'berteman'... Saya juga tak berada di pihak pro atau kontra kerana kalau pro dikata saya menyokong, kalau kontra dikata saya membantah. So, Im neutral. Tapi, saya bercakap berdasarkan pemerhatian saya melalui orang-orang di sekeliling. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi, saya sering menjadi tempat luahan perasaan oleh orang di sekeliling. Tak tahu kenapa. Ada yang mengatakan saya ni matang & tahu memberikan nasihat. Wallahulam... Biar orang menilai. Rata-rata meluahkan perasaan bila mengalami kekecewaan dalam perhubungan. Apa yang saya katakan adalah, "Sabar,it's all happened for a reason. Mungkin orang tu tak cukup baik & ada yang lebih baik sedang menanti. Do some istikharah." Saya katakan lagi, "Hmm... ALLAH kadang-kadang 'cemburu' juga dengan kita. Yelah, belum lengkap lagi cinta kita untuk DIA, tapi, kita dah bagi hati & perasaan kita pada manusia lain yang perlu juga cinta kepada DIA."  Bukanlah saya nak menunjukkan yang saya cukup warak, tapi, perlu difikirkan relevannya kata-kata tersebut sebab yang memberi & mengurniakan perasaan kepada manusia adalah ALLAH. Disebabkan itu juga saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan "cinta itu buta". Cinta tak buta, sebaliknya cinta & manusia dibutakan oleh nafsu. Cinta itu universal kerana ia dikurniakan ALLAH kepada setiap mahlukNYA. Okay, back to the topic. Mungkin bila saya keluarkan ayat-ayat nasihat berikut, ada yang kata, "Cakap senanglah, tapi, kau tak rasa. Cuba kau rasa.." Mungkin ada betulnya di situ kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sayang-sayangku,

Jangan ditangisi pada perpisahan, tapi, bersyukur kerana adanya pertemuan. Saya suka bila mengetahui ada yang betul-betul belajar mengenai kekecewaan. Contoh yang paling nampak ialah artis, Irma Hasmie, yang mana, apabila dia berpisah dengan kekasihnya, Nabil, Irma mengambil keputusan menunaikan umrah & hasilnya, kini dia menemui kehidupan yang lebih menenangkan. Bukanlah maksud saya untuk menyarankan mengerjakan umrah bagi yang putus cinta, tapi, back to basics. Kembali kepada asal iaitu cinta kepadaNYA. Simple & meaningful. InshaALLAH, hati tak sakit, kepala tak pening, air mata tak dibazirkan. Saya tahu mungkin ada yang agak 'sukar' menghadapi kekecewaan, tetapi, anda perlu memikirkan jalan & penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Ada pepatah menyatakan, "Kalau bercinta, maksudnya kita bersedia menghadapi kekecewaan.." Konsep yang mudah untuk difahami, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Take it or leave it. Kalau anda boleh menyerahkan perasaan, kenapa tidak anda perlu mengambilnya semula?

Bercinta pun ada undang-undang. Target bukan sekadar nak hubungan tu berkekalan & mencapai persefahaman, tapi, untuk mencapai 'berkat' & juga untuk mengelakkan frust di kemudian hari. Satu hal ialah menjaga adab-adab bila tengah syok tangkap cintan tu. Ada tujuan kenapa kena jaga adab, sebab konsepnya, kalau terlalu banyak "memberi" nanti, lagi besar frust tu. U've got the point,right? Another one is jangan berharap terlalu banyak sebab harapan terhadap manusia belum tentu macam mana pengakhirannya. Letakkan harapan pada ALLAH sebab DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Just go with the flow & redha.Semoga kita semua dijauhkan daripada perasaan disakiti & bagi yang sedang ingin bercinta tu, semoga hubungan itu mendapat barakah & berkekalan...amin...






P/S: "If you love somebody, set them free. If they return, they were always yours. If they don't, they never were."



Wednesday 15 June 2011

A Man Called My Hero...AYAH...

Salam...

Bulan Jun menyapa meninggalkan bulan Mei yang meraikan insan teristimewa dipanggil Ibu, Emak, Ummi, Bonda, Mama, Mummy & lain-lain yang menggambarkan betapa hormat & kasihnya kita terhadap insan yang tingginya darjat mereka sehingga syurga berada di bawah telapak kaki mereka. Semoga para wanita yang mulia darjatnya akan sentiasa memperoleh kebahagiaan di dunia & akhirat. amin... Kedatangan bulan Jun ini juga tidak kosong kerana para bapa turut ada hari yang istimewa bagi meraikan mereka. Siapa yang menyangkal tentang tugas seorang bapa yang turut memberikan peranan yang besar ke dalam kehidupan sebuah keluarga (okay, ayat betul macam Majalah 3) hehe... Seriously, a man called Ayah, Abi, Abah, Papa, Daddy, Walid & sewaktu dengannya penting sangat. Kalau tak masakan golongan bapa antara yang dimakbulkan doa mereka selepas kaum ibu & adanya Surah Luqman yang mana diambil bersempena dengan seorang muslim yang bijaksana juga seorang bapa bernama Luqmanul Hakim. Betapa halus & lembutnya pesanan Luqman kepada anaknya proved that  father can be a good friend to his kids. Kadang-kadang, golongan ibu ada 'terbuai' oleh emosi selepas lelah menyediakan makan pakai suami & anak. Ayah yang akan mengambil alih tugas 'pemerhati' kepada anak-anak.



Ayah: Mohd Radzi b. Yeop Idris

Ayah sewaktu bertugas di KLIA

Itulah yang mahu saya gambarkan tentang lelaki terpenting dalam hidup saya yang kami adik-beradik panggil AYAH. Yang kami simpan kemas dalam hati & minda kami segala apa tentang insan istimewa bernama Mohd Radzi b. Yeop Idris ini. 3 Ogos ini genap 3 tahun sudah arwah ayah pergi. Masih terbayang-bayang di ingatan saya sewaktu kali terakhir bersama ayah yang mana pada ketika itu saya perlu memandu jam 2.00 pagi ke Kuala Lumpur untuk menghantar beliau ke IJN (Institut Jantung Negara) atas permintaan beliau sendiri. Saya ketika itu boleh dikatakan baru dapat lesen & tak pernah dibenarkan memandu kerana prinsip ayah, walaupun anak-anak dah ada lesen, jangan eager sangat untuk memandu. Simpan dulu lesen. Tapi, malam tu, kata ayah, "Selagi kita boleh buat sendiri, jangan harapkan pertolongan siapa-siapa. Jangan susahkan orang..." Yup, itu ajaran ayah. Be independent. Sepanjang perjalanan ayah menemani saya berborak & mak hanya mendiamkan diri di tempat duduk belakang seolah-olah dapat merasai bahawa teman berkongsi hidup, berkongsi suka duka, teman untuk saling melengkapi bakal pergi meninggalkan dia. "Ida, belajar bawak kete jauh-jauh. Senang nanti...", "Ida, jaga rumah, jaga mak kalau ayah takde..", itulah antara pesanan terakhir arwah ayah kepada saya. Tepat jam 4.12 pagi ayah pergi menemui Pemilik Yang Hak bagi setiap mahluk. ALHAMDULILLAH kerana arwah ayah pergi begitu tenang di samping kami anak-beranak & urusan menguruskan jenazah berjalan dengan lancar. SYUKRAN YA ALLAH.

Arwah ayah yang kami adik-beradik kenali sangat special & precious. Saya rasa anda pun akan mengatakan bapa anda begitu. Beliau terlalu baik sebagai seorang anak, abang kepada adik-adiknya, suami kepada isterinya & bapa kepada anak-anaknya. Tak pernah sekalipun saya melihat ataupun mendengar ayah meninggi suara kepada mak tok (panggilan kami kepada ibu ayah) & sangat berdiplomasi terhadap adik beradiknya memandangkan ayah anak lelaki yang sulung (dua orang kakak sebelum ayah). Begitu juga terhadap keluarganya, keatas emak, isterinya & kami, anak-anaknya. He's so passionate, loyal, courage in his life apatah lagi bila masuk bab kerja. Bertugas sebagai bomba airport tak pernah dengar ayah mengeluh & ambil mc saje-saje. Bak kata mak, "Ayah kalau dah kerja, hmm... Paham sangat dah, mak.." Sangatlah berdisiplin. Cara ayah & emak didik anak-anak sangat... how to describe ey? hmm...hard to describe but i really loveee the way my parents treat us. Diplomasi, sporting dalam masa yang sama tegas. Masa kecik-kecik dulu, ayah  tak bagi saya tengok kartun Doraemon, Mr. Bean & yang sejagat dengannya sebab ayah kata tak logik & tak membantu perkembangan minda. Ayah ajar tengok berita sejak umur awal sekolah rendah. Setiap kali tengok berita, ayah akan bagitau nama pemimpin & isu semasa. Dan saya rasa, didikan itu berkesan kerana saya aplikasikan kini. Dont be afraid to voice out your ideas & stand firm with your principles.

Terlalu banyak kenangan, cerita & kisah ayah untuk dirungkai & dikongsi. Saya pasti semua mempunyai bapa yang terbaik. Kalau tak, takkan ada anda semua yang hebat dalam hidup. Saya masih ingat lagi, ada rakan yang bertanyakan lelaki yang bagaimana saya mahukan untuk dijadikan suami? Pantas saya jawab, "Nak macam arwah ayah. He's a perfect guy..." Tapi, sekarang saya sedar, jawapan tu tak boleh diguna lagi sebab ayah tiada ganti. Ayah ibarat 'lagenda' di hati kami. Syukur kepada ALLAH kerana mengurniakan lelaki yang bernama Mohd Radzi b. Yeop Idris sebagai AYAH kami. Saya & adik-beradik saya teguh menyimpan setiap didikan, ajaran, panduan & pesanan ayah. Kini, kami ingin mengembirakan, membahagiakan emak tanpa pernah sedetik pun berhenti mendoakan kesejahteraan ayah di alam yang kekal sana. Last but not least, Hari Ibu & Hari Bapa bukanlah spesifik untuk satu hari sahaja kerana mereka perlu dirai & dihargai setiap masa. Kalau ada yang boleh bila bangun pagi je hantar SMS sayang pada kekasih, lakukan hal yang sama malah tunjukkan lebih lagi penghargaan kepada ibu bapa anda. Lakukan ia sementara mereka masih ada. Semoga ALLAH merahmati & menempatkan arwah ayah di kalangan para solehin.... AL FATIHAH....


Ayah sewaktu sakit...



Mereka lah jiwa saya. Tak dapat saya bayangkan kalau
saya tanpa mereka.



P/S: Lisa Surihani digelar " Daddy's lil' Girl"...Saya pula, "Anak Bongsu Ayah"...
Apalah sangat masa yang kita luangkan bersama ibu bapa kita kalau nak dibandingkan dengan masa, tenaga, perasaan, material yang dah mereka korbankan untuk kita. Segunung intan berlian seteguh Himalaya pun belum tentu dapat menggantikan pengorbanan mereka...TERIMA KASIH SAYANGKU, RAJA & RATU HATIKU...SELAMAT HARI BAPA...:)

Tuesday 14 June 2011

Peluang VS Keputusan...

Salam...

Post yang disebabkan hasil perbualan bersama rakan lama di laman Facebook (ayatku memang skema). Hehe. Sebelum ni hanya berbalas komen di 'wall' saja. Tiba-tiba dia menyapa di chat online. Melihatkan pada dirinya di Facebook, saya tahu dia seorang yang cerdik pandai & melalui chatting dia memberitahu bahawa dia telah  ditawarkan mengikuti pengajian bagi double major degree dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah universiti yang menaja hampir semua pelajar-pelajarnya. ALHAMDULILLAH... Seronok & tumpang gembira melihat kejayaan kawan-kawan & mudah-mudahan terkena tempiasnya pada saya. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Chatting kami, sekadar berkongsi pengalaman & jerit perih bergelar mahasiswa. Apalah sangat pengalaman saya jika nak dibandingkan dengan pengalaman rakan lama saya. Dia share yang dia agak pressure berdepan dengan pelajaran beliau. I believe that he's strong enough to handle any sort of pressure. INSHAALLAH... Dan saya pun memberitahu yang saya berpeluang untuk mengikuti satu kursus yang kebanyakkannya 'gerun' nak amik. Sebab? Takut terkandas di tengah jalan & ada juga yang memberi pandangan supaya lupakan hasrat nak mengikuti kursus tersebut. Tapi, macam mana nak saya lepaskan peluang kalau itu sudah menjadi sebahagian daripada azam saya? Ada saya berkongsi rasa dengan family ( terima kasih YA ALLAH sebab kurniakan keluarga yang hebat) & jawapan mereka, "Kenapa mesti dengar cakap orang,adik? Kalau bukan sekarang, kemudian pon still akan lalui benda yang sama & mana ada benda yang makin senang dalam dunia ni?" Saya terdiam memikirkan relevannya pernyataan tersebut. Okay, i reminding myself do not to listen to the rumours. "Zda, let just throughout all the difficulties. Kalau sebelum ni boleh,kenapa tak sekarang?All u need to do is hard work!". Yup, itulah yang bermain di otak saya sehingga saat ini (i wanna be an optimistic in every way). Kata rakan saya, "Kalau chance dah ada depan mata, grab je. Apa pon, istikharah & berserah." YA ALLAH, terharu saya kerana dikelilingi orang-orang yang begitu supportive. ALHAMDULILLAH. Dan ada jugak rakan-rakan yang turut sama menerima cabaran & peluang yang sama. Sesungguhnya, jangan pernah merasakan anda keseorangan.

Bukan senang nak senang, tapi tak susah juga untuk susah. Semuanya berbalik semula kepada pertimbangan hati & akal. Selepas melalui kegagalan dulu, saya berjanji pada diri sendiri untuk tak nak berhenti setakat tu saja. Saya sangat percaya bahawa ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Saat paling 'genting' bila perlu buat keputusan tapi itulah yang sentiasa ada dalam rutin hidup. Sejujurnya saya cakap yang saya tak suka membuat pilihan sebab saya risau seandainya apa yang dipilih tidak memberikan hasil yang diharapkan. Nama pon perlu membuat pilihan, jadi, kena berdepan dengan risiko & jangan fikirkan tentang apa-apa hasil sebab itu semua terletak di tanganNYA... Di saat tu, saya akan teringat kenapa ALLAH menyarankan untuk melakukan istikharah sebab DIA MAHA MENGETAHUI bahawa hamba-hambaNYA akan sentiasa berada dalam keadaan ragu-ragu. INSHAALLAH, segala keputusan yang dibuat adalah yang terbaik & mudah-mudahan segala urusan yang baik akan dipermudahkan. Semoga saya & yang membaca blog ni akan istiqamah dalam membuat keputusan & akan lebih optimis menempuh pelbagai dugaan & cabaran. BARAKALLAHU FIHA....





P/S: Remember,there are no mistakes,only lessons.
Love urself,trust ur choices,and everything is possible...

Friday 10 June 2011

Nora Elena & Seth Tan...idaman + angan-angan...

Salam...

Sekadar mahu berkongsi pandangan mengenai fenomena slot Akasia di TV3 yang rasanya semakin hampir ke penghujung, NORA ELENA. Hmm...indah tajuknya yang mengadaptasikan nama watak daripada drama tersebut. Siti Saleha memegang watak utama iaitu Nora Elena dan suami orang yang juga merupakan jejaka idaman err...Aaron Aziz sebagai Seth Tan. Sejujurnya, saya tidak pernah menonton siri ini (mungkin ada yang tak percaya), tapi itulah yang sebenarnya. Tak pasti apa sebabnya mengapa saya terlepas untuk mengikuti drama ini. Mungkin kerana waktu siaran yang agak hmm...kurang sesuai atau sebenarnya saya tak berapa minat untuk mengikuti drama bersiri kerana terpaksa menjadi 'setia'. Kalau terlepas 1 episod kita boleh jadi tak faham dengan storyline yang berikutnya. Jadi, bila orang dok sibuk cakap pasal Nora Elena & Seth Tan, terpaksalah saya google & tanya kakak ipar saya yang adakalanya mengikuti cerita ni. Dia pon dok lah cita A-Z tapi, tak mentioned pulak nama penuh Seth tu ada Tan. Laaa ni,baru chek tau nama Aaron Aziz dalam cita tu.

Saya tertanya-tanya jugak adorable & charming yang bagaimana Seth Tan itu sehinggakan ramai kaum hawa termimpi-mimpi untuk memiliki lelaki yang mempunyai ciri2 yang sebegitu. Cuma, berdasarkan pandangan saya, sebelum ni ada drama Adamaya, Seribu Kali Cinta & sewaktu dengannya, ramai yang mengagumi watak hero dalam drama-drama terbabit. "Oh, charmingnya!", "kalaulah dapat suami macam tu...", "nak pakwe macam tu lah.", itulah antara dialog-dialog 'tambahan' daripada wanita-wanita yang menonton. Yang terbaru si Seth laaa.... Err..bukan tak boleh mengagumi, tapi, harus berpada-pada. Anda perlu sedar, itu hanyalah watak hasil daripada imaginasi seorang manusia biasa juga. Percaya atau tak kalau saya katakan bahawa tidak mustahil ada wanita yang sanggup menyuruh pakwe atau suami berubah menjadi seperti watak dalam drama tersebut. Hmm... memang TV banyak mempengaruhi minda & persepsi manusia. Anda harus bijak membuat pertimbangan ketika menonton. Jangan sampai yang menjadi kewajipan, menjadi kelalaian kerana minat atau obsesi terhadap drama tersebut. Kesian pada si pakwe atau si suami sebab terpaksa 'menahan hati' kerana pasangannya beralih arah selagi drama tu tak habis. Yang lebih menyedihkan, mereka terpaksa 'bersaing' dengan watak khayalan tersebut.

Begitu juga dengan watak Nora Elena yang dikagumi oleh kaum Adam. Tak sangka pulak saya dalam kesibukan mengejar masa, masih ada sebilangan besar orang lelaki yang mempunyai masa menonton drama siri ini. Betapa mudahnya mereka kagum dengan kecantikkan Siti Saleha. Aduhhh... sampai kata nak awek & isteri macam tu. 2x5=10 jugak lah nampaknya. Rasanya, kalau kata Siti Saleha tu cantik, ada yang lebih cantik daripada dia (bukan nak kata saya cantik). Tapi, disebabkan nak menutup sedikit kekaguman tersebut supaya lebih berdepan dengan realiti. Mudahnya lelaki ditundukkan oleh kecantikkan wanita ya....

Dearest men & women,

Anda perlu sedar bahawa betapa beruntungnya anda diterima oleh pasangan ataupun orang di sekeliling anda. Betapa beruntungnya segala kekurangan anda diterima untuk dijadikan sebagai pelengkap hidup orang-orang di sekeliling anda terutamanya pasangan. Kesempurnaan watak di dalam drama, filem atau lain-lain belum tentu sempurna untuk anda pada realitinya. Individu yang melakonkan watak tersebut juga adalah manusia biasa macam anda dan yang dilakonkan itu hanyalah sebagai tuntutan kerjaya sahaja. Dapat watak lain, sekelip mata akan berubah. Kalau mahukan lelaki yang romantik & caring, carilah secaring Rasullullah S.A.W atau ayah anda. Kalau mahukan perempuan yang cantik & menawan, carilah secantik Siti Khadijah r.a atau ibu anda, kerana itu adalah sebaik-baik idaman hati.... Cukuplah kalau orang itu menerima apa adanya anda. Itu baru boleh kata, "How sweeeettt!!."




 P/S: Kekurangan itu untuk dilengkapi... bukan untuk dihindari. Manusia tak sempurna, tapi, perlu mencuba untuk menjadi yang terbaik...
       Hak anda untuk meminati..saya hanya menyuarakan isi hati..maaf kalau ada yang ambil hati...;)

Wednesday 8 June 2011

Kesusahan Tidak Pernah Menyusahkan...

Salam...

Post yang di-post kan selepas saya menonton satu video di YouTube, petikan daripada salah satu program TV di Korea iaitu Korea's Got Talent. Bergenang air mata tatkala menonton video kerana ia memaparkan tentang realiti hidup seorang pemuda yang mengalami kepayahan & kesusahan hidup dari umur yang terlalu muda. Kisah hidup yang diceritakan turut membuatkan juri2 & penonton2 pertandingan tersebut mengalirkan air mata. Seriously, it happened in real life. Bukan dalam drama korea. Yang buatkan saya betul2 salute dengan pemuda ni, dia betul2 belajar melalui kesusahan yang dia alami. Dia menjadikan kesusahan itu tidak pernah menyusahkan. Dia cari apa yang istimewa dalam dirinya & x pernah mengeluh sebab keyakinan hatinya bahawa dia akan menikmati kejayaan & hasilnya, dia memiliki bakat & menggunakan bakatnya dengan sebaik mungkin.


Video yang ditonton di YouTube bukan hanya untuk hiburan semata. Cari & tonton sesuatu yang memberi input pada diri, yang memberi moral. Plus, jangan mengeluh bila ditimpa sedikit musibah sebab jika difikirkan, ada orang lain yang lebih banyak mengalami kesukaran. Bersyukur dengan setiap yang terjadi dalam hidup kerana itu akan menjadikan kita ORANG...BUKAN BERUANG!. Dan jadikan kesusahan yang dialami menjadi sesuatu yang tidak pernah menyusahkan.



p/s: perasaan adakalanya menipu kerana akan dikuasai nafsu. Gunakan akal yang diberi ALLAH hadiah khas buat mahkluk bernama MANUSIA...

Sunday 5 June 2011

Knowledge & Wisdom...


Knowledge tells us what to say...
Wisdom tells us when...
Wisdom tells us who to love...
Knowledge tells us how...
Knowledge tells us where to go...
Wisdom tells us why...
Wisdom tells us who we are...
Knowledge tells us where...

                            Knowledge tells us when to give...
                            Wisdom tells us what...
                           Wisdom tells us what to do...
                            Knowledge tells us how.....


-by W. B La Benne-










Saturday 4 June 2011

Release Tension....mudah saja...

Salam...

Pagi yang indah, kini sudah terang... hehe... Dah menjadi kebiasaan, saya tak tidur balik lepas menunaikan solat subuh. Bak kata orang2 tua, tidur lepas subuh tutup pintu rezeki. Ada logiknya di situ kerana di dalam ISLAM, umatnya digalakkan untuk berlumba-lumba mencari rezeki sesudah subuh & digalakkan menunaikan solat sunat Dhuha sebagai mensyukuri setiap rezeki & nikmat yang diberikan.

Pagi ini, selesai menunaikan solat subuh, saya tiba-tiba teringat tentang perbualan bersama rakan-rakan tentang cara nak hilangkan tension terutama apabila bergelar pelajar. Apabila mengatakan saya bukanlah seorang gamer ataupun movie maniac macam pelajar lain yang ada berpuluh-puluh movie & game dalam laptop mereka, yang kalau dibandingkan dengan laptop saya hanya ada berapa kerat movie je. Saya menganggap laptop saya adalah laptop yang paling skema sekali. haha... Kemudian timbul soalan kepada saya, "macam mana akak release tension?" (memandangkan classmate saya tersebut muda dari segi umur). Saya hanya tersenyum membalas pertanyaan tersebut. Dalam kepala saya sudah ada jawapannya tetapi, saya bimbang seandainya saya beritahu, saya dikatakan riak & fikir bagus. Tetapi hakikatnya, cara saya release tension cukup mudah & praktikal. AL QURAN & SOLAT. Itulah solusi & penawar terbaik bagi penyakit hati & minda. Saidatina Aisyah r.a pernah mengatakan bahawa akhlak Rasulullah S.AW. adalah al-Quran. Dan apabila Baginda S.A.W berasa sedih, Baginda S.A.W akan meluahkan perasaan & rasanya sedihnya pada al-Quran.

Sekadar ingin berkongsi, saya pernah mengalami depression atau kemurungan selepas pemergian arwah ayah saya. Saya tidak langsung mempunyai keyakinan diri, apatah lagi nak berjumpa denagn orang. Dunia saya hanya terperap dalam bilik, makan & minum tak menentu & adakalanya saya akan menangis tanpa sebab. Masa tu hanya terfikir yang saya takde masa depan dah. Tiba satu hari, ALLAH menggerakkan hati saya untuk membeli buku La Tahzan: Jangan Bersedih, selepas menonton filem Syurga Cinta. Dengan membaca buku tersebut, barulah mata saya terbuka luas tentang ujian, cabaran & hikmah disebalik setiap yang berlaku. Saya nak kongsikan antara kandungan di dalam buku tersebut agar kita dapat sama-sama mempraktikkannya iaitu:
KAEDAH-KAEDAH MENUJU BAHAGIA...
  1.  Lupakan masa lalu & semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu & sesuatu yang telah selesai merupakan kebodohan & menyebabkan kegilaan.
  2. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga datang dengan sendirinya.
  3. Jangan mudah tergugat dengan kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  4. Beriman kepada ALLAH, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik & bahagia.
  5. Barangsiapa yang menginginkan ketenangan, ketenteraman & kesenangan, maka berzikirlah kepada ALLAH.
  6. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan Qada' & Qadar.
  7. Jangan menunggu ucapan terima kasih daripada seseorang.
  8. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan buruk.
  9. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
  10. Semua ketentuan ALLAH (qada') bagi seorang muslim adalah baik baginya.
  11. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  12. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki oelh orang lain.
  13. Akan selalu ada jalan penyelesaian atau jalau keluar.
  14. Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.
  15. Musibah akan menajamkan nurani & menguatkan hati.
  16. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.
  17. Janagn hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.
  18. Sesungguhnya, ALLAH itu MAHA LUAS keampunanNYA.
  19. JANGAN MARAH, JANGAN MARAH, JANGAN MARAH!
  20. Jangan risau hanya kerana tidak memiliki harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air & bayangan.
  21. Kebanyakkan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  22. Pada orang-orang yang ditimpa musibah akan mendapat tauladan & pengajaran.
  23. Sesungguhnya, jika ALLAH mencintai seusatu kaum, maka Dia akan mengulangi cubaan ke atas mereka.
  24. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.
  25. Anda perlu melakukan kebaikan & menghasilkannnya, dan tinggalkanlah kekosongan & pengangguran.
  26. Tinggalkanlah semua desas-desus, dan jangan percaya pada khabar angin.
  27. Keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang meninpa pihak lawan.
  28. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.



p/s: yakin apabila berdoa kerana itu kunci kekuatan hati...

Friday 3 June 2011

P/S:I LOVE YOU....

Salam...

Hmm.. Harga yang perlu dibayar apa mula ber-blogging, kena update agar sentiasa orang-orang yg sudi view & jadi follower dpt new refreshment.INSHAALLAH,i'll do the best to served you the best.:)
apa yang saya nak borak kan yerrr??haaa... Im gonna share with all of you about my reading lah.hope,anda-anda semua tak kisah macam aiman tak kisah...hehe.

Saya baru habis membaca novel inggeris karya CECILIA AHERN,bertajuk,"P/S:I LOVE YOU". Bagi yang dah mendengar tajuk nye cukup buat anda fikir, "Ohhh,novel jiwang ni. Ape barang jiwang-jiwang..". OH!belum cuba belum tahu.saya suggest bagi anda yang belum membaca novel ini, supaya dapatkan di pasaran & baca (sort of promotion). hehe. Bagi mereka yang belum tahu juga, novel ni dah pun diadaptasi menjadi sebuah filem lakonan HILLARY SWANK (EMMY's award winner) & GERRARD BUTLER (The Bounty Hunter) and he's also so charming.. auwww.. oppss!hehe. Kenapa saya mesti cakap pasal novel ni? Ok, 1st of all, eventhough dah banyak kali filem ni dok tayang kat Star Movies,saya tak tengok. 2ndly, i felt that it was such a beautiful love story. Mengisahkan Holly yang kematian suaminya,Gerry, sukar untuk menerima kenyataan tentang suaminya itu. Bagaimanapun, 1 kiriman kotak daripada Gerry sebelum dia meninggal dunia berisi surat-surat di rumah ibu bapa Holly telah mengubah persepsi Holly tentang bagaimana untuk meneruskan hidup. Setiap surat yg perlu dibuka Holly pada setiap permulaan bulan bermula bulan Mac, iaitu sebulan selepas Gerry pergi. Setiap satu surat akan menyuruh Holly melakukan sesuatu yang di luar jangkaan Holly, tetapi, cukup membuatkan Holly sentiasa mengingati Gerry dalam keadaan gembira dan pengakhiran di setiap satu surat akan diakhiri dengan,"P/S:I Love You...". sooo sweet...:)...Dan untuk menjayakan setiap rancangan di dalam surat tersebut, Holly dibantu oleh 2 orang best friendnyer, Sharon & Denise.

  
Saya terkesan dengan novel ini because it teach us how to live on through the sadness especially when you lose the loved ones. Anda boleh melalui hari - hari dengan melakukan apa yang anda suka tanpa melupakan orang yang tersayang. Tak bermakna bila yang tersyang pergi meninggalkan kita, semangat kita pun akan turut pergi. WAKE UP!!u'll not alone. Kecewa itu pasti, tapi, paling penting macam mana nak ubati kecewa tu. Do something extraordinary then, u know that u're strong enough to live in the better world.;)

Bukan mahu memandang rendah pada novel karya tempatan, tetapi, i thought that those masterpiece need some changes especially when it comes to the storyline and character. Sebagai contoh, dah berpuluh novel melayu yang saya baca, tapi watak dalam novel masih sama. Yang hero lelaki mesti digambarkan dengan kacak, bekerjaya, ada kereta besauu, & sewaktu dengannya. Yang heroinnye pulak, cantik (ada sampai nak samakan dengan muka Angelina Jolie), teraniaya, pendek kata sooo perfect lah...aiyyooo... It makes readers are not really into the real world...dok nak berangan je. Kesian pada mereka-mereka yang berperwatakan fizikal biasa2 je ni (hmm..tuju pada diri sendiri)hehe... NO, seriously, rekaan watak begitu akan menimbulkan stigma bahawa kebahagiaan hanya untuk orang yang cantik & encem aje... Another 1, story line tu ubah. Asyik wanita di ambang penceraian, sedih then jumpa 2nd prince charming or they lived happily ever after. Dah macam hindustan pon ye gak. Tolong lah tulis mengenai realiti sebuah kehidupan yang sebenarnya tak seindah yang diangankan. Tolong sediakan pembaca ke arah untuk menghadapi kesukaran. Sebagai tambahan, novel melayu sekarang pun dah pandai letak adegan2 yang tak sepatutnya. Sedarlah, karya anda membantu imaginasi pembaca & anda perlu tahu bahawa budak-budak seusia 10 tahun pun sudah tahu membaca novel.

Sebelum saya  berhenti membebel panjang lagi, saya nak ajak semua orang untuk rajinkan diri jd 'bookworm' atau ulat buku. Read, read and read a lot to build up your mind. Now, i've dreamt to build my own mini library at home placing my books collection...INSHAALAH...;)

Sharing with all of you few quotes from "P/S: I Love You"

"Memories were fine but u couldn't touch them,smell them or hold them.they were exactly as d moment was,and they faded with time."
"...nobody's life is filled with perfect little moments. And if they were, they wouldn't be perfect little moments. They would just be normal. How would you ever know happiness if you're never experienced downs?"
 p/s: i love my life....;)









Thursday 2 June 2011

post pertama...apa yg sentiasa d'tonton...TV AL HIJRAH & OASIS...

salam...
     Permulaan yg sgt m'ujakan buat sy yg baru b'kecimpung dlm dunia blog.topik pertama...yg sgt ada dlm otak ni...apa yg sentiasa d'tonton..1 JUN 2011 adalah rasminya TV AL HIJRAH dimasukkan ke dlm salah satu saluran di ASTRO channel 114.sebelum ni,nk m'dptkn frekuensi t'paksa m'beli aerial lain.skrg,x lagi..hehe.TV AL HIJRAH is all about ISLAM...nmpknya,OASIS x lg b'seorngn.terima kasih kpd yg telah m'wjudkna saluran media sebegini sbb terlalu penat menonton saluran yg aduhhh...u know what i mean.BIAS,kurang rasa malu,kontroversi,gosip,fitnah...itulah yg m'jd santapan penonton.boleh d'kata cukup 40 kali menonton,penonton boleh hafal semua yg d'paparkan.
       Tertarik sewaktu menonton temu ramah b'sama pembaca berita TV ALHIJRAH.Mereka b'kongsi bhw m'cari & m'nyampaikan bhn berita tidak boleh b'sifat provokatif & perlu telus.Yezza...itulah nilai sbnr p'nyampaian maklumat yg kita cari.t'igt sewaktu belajar subjek CTU 264 yg m'nekankan mngenai aspek dlm m'nyampaikan maklumat.perlu adil,amanah,b'integriti,m'nyampaikan & benar.5 ciri yg semakin hilang ataupun xde langsung dlm media sekarang.pelik atupun mungkin sudah terbiasa buat kita penonton yg x boleh hidup kalau x tgk tv yg ada rncangan hiburan semata terutama sinetron yg walaupun beratus episod,b'bln2 masa d'ambil utk 'khatam',but still, we've become a loyal viewer.tipulah kalau sy kata sy x mnonton sinetron,korea,movies...tp,perlu m'letakkan had pd minat sebegini.yg pling pnting,pertimbangan akal d'perlukan utk menilai stiap kandungan yg d'paparkan.divide ur mind into two,pros and contras.menonton hny sekadar santai & x t'llu 'khusyuk'.
        tapi,sy nk tekankan yg sy smakin 'm'nyampah' dgn beberapa stesen tv yg m'nayangkan cerita2 yg x m'didik langsung.cite seram x abis2...nk didik masyarakat jd penakut ke?sinetron yg sentiasa ada,konon nk didik penonton jd 'p'cinta' sejati.lg 1,hiburan realiti tv...bagai coklat m'curah ke ladang gandum...b'lumba2 waktu siaran..t'igt p'bualan sy b'sama arwah ayah dulu,
"byk sgt program hiburan skrg.yg masuk semua anak2 melayu.kalau bkn melayu pon boleh d'bilang dgn jari.yg t'kinja2 di pentas,melayu & ISLAM...yg m'nyokong,apatah lg,"itu kata arwah ayah sy.terdiam & sgt m'buka mata sy.seriously,jn ambil mudah dgn setiap yg anda tonton & lihat sbb itu secara tidak lngsung m'didik akal anda & mampu m'mesongkan nafsu anda.


p/s: t'igt rncangn 'Lu Pikirlah Sendiri Nabil"...drama melayu nk pangkat bsr & kete bsr je...x prnah nye yg nk rendah2....