Post yang di-post kan selepas saya menonton satu video di YouTube, petikan daripada salah satu program TV di Korea iaitu Korea's Got Talent. Bergenang air mata tatkala menonton video kerana ia memaparkan tentang realiti hidup seorang pemuda yang mengalami kepayahan & kesusahan hidup dari umur yang terlalu muda. Kisah hidup yang diceritakan turut membuatkan juri2 & penonton2 pertandingan tersebut mengalirkan air mata. Seriously, it happened in real life. Bukan dalam drama korea. Yang buatkan saya betul2 salute dengan pemuda ni, dia betul2 belajar melalui kesusahan yang dia alami. Dia menjadikan kesusahan itu tidak pernah menyusahkan. Dia cari apa yang istimewa dalam dirinya & x pernah mengeluh sebab keyakinan hatinya bahawa dia akan menikmati kejayaan & hasilnya, dia memiliki bakat & menggunakan bakatnya dengan sebaik mungkin.
p/s: perasaan adakalanya menipu kerana akan dikuasai nafsu. Gunakan akal yang diberi ALLAH hadiah khas buat mahkluk bernama MANUSIA...
No comments:
Post a Comment