Wednesday, 15 June 2011

A Man Called My Hero...AYAH...

Salam...

Bulan Jun menyapa meninggalkan bulan Mei yang meraikan insan teristimewa dipanggil Ibu, Emak, Ummi, Bonda, Mama, Mummy & lain-lain yang menggambarkan betapa hormat & kasihnya kita terhadap insan yang tingginya darjat mereka sehingga syurga berada di bawah telapak kaki mereka. Semoga para wanita yang mulia darjatnya akan sentiasa memperoleh kebahagiaan di dunia & akhirat. amin... Kedatangan bulan Jun ini juga tidak kosong kerana para bapa turut ada hari yang istimewa bagi meraikan mereka. Siapa yang menyangkal tentang tugas seorang bapa yang turut memberikan peranan yang besar ke dalam kehidupan sebuah keluarga (okay, ayat betul macam Majalah 3) hehe... Seriously, a man called Ayah, Abi, Abah, Papa, Daddy, Walid & sewaktu dengannya penting sangat. Kalau tak masakan golongan bapa antara yang dimakbulkan doa mereka selepas kaum ibu & adanya Surah Luqman yang mana diambil bersempena dengan seorang muslim yang bijaksana juga seorang bapa bernama Luqmanul Hakim. Betapa halus & lembutnya pesanan Luqman kepada anaknya proved that  father can be a good friend to his kids. Kadang-kadang, golongan ibu ada 'terbuai' oleh emosi selepas lelah menyediakan makan pakai suami & anak. Ayah yang akan mengambil alih tugas 'pemerhati' kepada anak-anak.



Ayah: Mohd Radzi b. Yeop Idris

Ayah sewaktu bertugas di KLIA

Itulah yang mahu saya gambarkan tentang lelaki terpenting dalam hidup saya yang kami adik-beradik panggil AYAH. Yang kami simpan kemas dalam hati & minda kami segala apa tentang insan istimewa bernama Mohd Radzi b. Yeop Idris ini. 3 Ogos ini genap 3 tahun sudah arwah ayah pergi. Masih terbayang-bayang di ingatan saya sewaktu kali terakhir bersama ayah yang mana pada ketika itu saya perlu memandu jam 2.00 pagi ke Kuala Lumpur untuk menghantar beliau ke IJN (Institut Jantung Negara) atas permintaan beliau sendiri. Saya ketika itu boleh dikatakan baru dapat lesen & tak pernah dibenarkan memandu kerana prinsip ayah, walaupun anak-anak dah ada lesen, jangan eager sangat untuk memandu. Simpan dulu lesen. Tapi, malam tu, kata ayah, "Selagi kita boleh buat sendiri, jangan harapkan pertolongan siapa-siapa. Jangan susahkan orang..." Yup, itu ajaran ayah. Be independent. Sepanjang perjalanan ayah menemani saya berborak & mak hanya mendiamkan diri di tempat duduk belakang seolah-olah dapat merasai bahawa teman berkongsi hidup, berkongsi suka duka, teman untuk saling melengkapi bakal pergi meninggalkan dia. "Ida, belajar bawak kete jauh-jauh. Senang nanti...", "Ida, jaga rumah, jaga mak kalau ayah takde..", itulah antara pesanan terakhir arwah ayah kepada saya. Tepat jam 4.12 pagi ayah pergi menemui Pemilik Yang Hak bagi setiap mahluk. ALHAMDULILLAH kerana arwah ayah pergi begitu tenang di samping kami anak-beranak & urusan menguruskan jenazah berjalan dengan lancar. SYUKRAN YA ALLAH.

Arwah ayah yang kami adik-beradik kenali sangat special & precious. Saya rasa anda pun akan mengatakan bapa anda begitu. Beliau terlalu baik sebagai seorang anak, abang kepada adik-adiknya, suami kepada isterinya & bapa kepada anak-anaknya. Tak pernah sekalipun saya melihat ataupun mendengar ayah meninggi suara kepada mak tok (panggilan kami kepada ibu ayah) & sangat berdiplomasi terhadap adik beradiknya memandangkan ayah anak lelaki yang sulung (dua orang kakak sebelum ayah). Begitu juga terhadap keluarganya, keatas emak, isterinya & kami, anak-anaknya. He's so passionate, loyal, courage in his life apatah lagi bila masuk bab kerja. Bertugas sebagai bomba airport tak pernah dengar ayah mengeluh & ambil mc saje-saje. Bak kata mak, "Ayah kalau dah kerja, hmm... Paham sangat dah, mak.." Sangatlah berdisiplin. Cara ayah & emak didik anak-anak sangat... how to describe ey? hmm...hard to describe but i really loveee the way my parents treat us. Diplomasi, sporting dalam masa yang sama tegas. Masa kecik-kecik dulu, ayah  tak bagi saya tengok kartun Doraemon, Mr. Bean & yang sejagat dengannya sebab ayah kata tak logik & tak membantu perkembangan minda. Ayah ajar tengok berita sejak umur awal sekolah rendah. Setiap kali tengok berita, ayah akan bagitau nama pemimpin & isu semasa. Dan saya rasa, didikan itu berkesan kerana saya aplikasikan kini. Dont be afraid to voice out your ideas & stand firm with your principles.

Terlalu banyak kenangan, cerita & kisah ayah untuk dirungkai & dikongsi. Saya pasti semua mempunyai bapa yang terbaik. Kalau tak, takkan ada anda semua yang hebat dalam hidup. Saya masih ingat lagi, ada rakan yang bertanyakan lelaki yang bagaimana saya mahukan untuk dijadikan suami? Pantas saya jawab, "Nak macam arwah ayah. He's a perfect guy..." Tapi, sekarang saya sedar, jawapan tu tak boleh diguna lagi sebab ayah tiada ganti. Ayah ibarat 'lagenda' di hati kami. Syukur kepada ALLAH kerana mengurniakan lelaki yang bernama Mohd Radzi b. Yeop Idris sebagai AYAH kami. Saya & adik-beradik saya teguh menyimpan setiap didikan, ajaran, panduan & pesanan ayah. Kini, kami ingin mengembirakan, membahagiakan emak tanpa pernah sedetik pun berhenti mendoakan kesejahteraan ayah di alam yang kekal sana. Last but not least, Hari Ibu & Hari Bapa bukanlah spesifik untuk satu hari sahaja kerana mereka perlu dirai & dihargai setiap masa. Kalau ada yang boleh bila bangun pagi je hantar SMS sayang pada kekasih, lakukan hal yang sama malah tunjukkan lebih lagi penghargaan kepada ibu bapa anda. Lakukan ia sementara mereka masih ada. Semoga ALLAH merahmati & menempatkan arwah ayah di kalangan para solehin.... AL FATIHAH....


Ayah sewaktu sakit...



Mereka lah jiwa saya. Tak dapat saya bayangkan kalau
saya tanpa mereka.



P/S: Lisa Surihani digelar " Daddy's lil' Girl"...Saya pula, "Anak Bongsu Ayah"...
Apalah sangat masa yang kita luangkan bersama ibu bapa kita kalau nak dibandingkan dengan masa, tenaga, perasaan, material yang dah mereka korbankan untuk kita. Segunung intan berlian seteguh Himalaya pun belum tentu dapat menggantikan pengorbanan mereka...TERIMA KASIH SAYANGKU, RAJA & RATU HATIKU...SELAMAT HARI BAPA...:)

No comments:

Post a Comment