Saturday, 4 June 2011

Release Tension....mudah saja...

Salam...

Pagi yang indah, kini sudah terang... hehe... Dah menjadi kebiasaan, saya tak tidur balik lepas menunaikan solat subuh. Bak kata orang2 tua, tidur lepas subuh tutup pintu rezeki. Ada logiknya di situ kerana di dalam ISLAM, umatnya digalakkan untuk berlumba-lumba mencari rezeki sesudah subuh & digalakkan menunaikan solat sunat Dhuha sebagai mensyukuri setiap rezeki & nikmat yang diberikan.

Pagi ini, selesai menunaikan solat subuh, saya tiba-tiba teringat tentang perbualan bersama rakan-rakan tentang cara nak hilangkan tension terutama apabila bergelar pelajar. Apabila mengatakan saya bukanlah seorang gamer ataupun movie maniac macam pelajar lain yang ada berpuluh-puluh movie & game dalam laptop mereka, yang kalau dibandingkan dengan laptop saya hanya ada berapa kerat movie je. Saya menganggap laptop saya adalah laptop yang paling skema sekali. haha... Kemudian timbul soalan kepada saya, "macam mana akak release tension?" (memandangkan classmate saya tersebut muda dari segi umur). Saya hanya tersenyum membalas pertanyaan tersebut. Dalam kepala saya sudah ada jawapannya tetapi, saya bimbang seandainya saya beritahu, saya dikatakan riak & fikir bagus. Tetapi hakikatnya, cara saya release tension cukup mudah & praktikal. AL QURAN & SOLAT. Itulah solusi & penawar terbaik bagi penyakit hati & minda. Saidatina Aisyah r.a pernah mengatakan bahawa akhlak Rasulullah S.AW. adalah al-Quran. Dan apabila Baginda S.A.W berasa sedih, Baginda S.A.W akan meluahkan perasaan & rasanya sedihnya pada al-Quran.

Sekadar ingin berkongsi, saya pernah mengalami depression atau kemurungan selepas pemergian arwah ayah saya. Saya tidak langsung mempunyai keyakinan diri, apatah lagi nak berjumpa denagn orang. Dunia saya hanya terperap dalam bilik, makan & minum tak menentu & adakalanya saya akan menangis tanpa sebab. Masa tu hanya terfikir yang saya takde masa depan dah. Tiba satu hari, ALLAH menggerakkan hati saya untuk membeli buku La Tahzan: Jangan Bersedih, selepas menonton filem Syurga Cinta. Dengan membaca buku tersebut, barulah mata saya terbuka luas tentang ujian, cabaran & hikmah disebalik setiap yang berlaku. Saya nak kongsikan antara kandungan di dalam buku tersebut agar kita dapat sama-sama mempraktikkannya iaitu:
KAEDAH-KAEDAH MENUJU BAHAGIA...
  1.  Lupakan masa lalu & semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu & sesuatu yang telah selesai merupakan kebodohan & menyebabkan kegilaan.
  2. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga datang dengan sendirinya.
  3. Jangan mudah tergugat dengan kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  4. Beriman kepada ALLAH, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik & bahagia.
  5. Barangsiapa yang menginginkan ketenangan, ketenteraman & kesenangan, maka berzikirlah kepada ALLAH.
  6. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan Qada' & Qadar.
  7. Jangan menunggu ucapan terima kasih daripada seseorang.
  8. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan buruk.
  9. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
  10. Semua ketentuan ALLAH (qada') bagi seorang muslim adalah baik baginya.
  11. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  12. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki oelh orang lain.
  13. Akan selalu ada jalan penyelesaian atau jalau keluar.
  14. Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.
  15. Musibah akan menajamkan nurani & menguatkan hati.
  16. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.
  17. Janagn hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.
  18. Sesungguhnya, ALLAH itu MAHA LUAS keampunanNYA.
  19. JANGAN MARAH, JANGAN MARAH, JANGAN MARAH!
  20. Jangan risau hanya kerana tidak memiliki harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air & bayangan.
  21. Kebanyakkan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  22. Pada orang-orang yang ditimpa musibah akan mendapat tauladan & pengajaran.
  23. Sesungguhnya, jika ALLAH mencintai seusatu kaum, maka Dia akan mengulangi cubaan ke atas mereka.
  24. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.
  25. Anda perlu melakukan kebaikan & menghasilkannnya, dan tinggalkanlah kekosongan & pengangguran.
  26. Tinggalkanlah semua desas-desus, dan jangan percaya pada khabar angin.
  27. Keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang meninpa pihak lawan.
  28. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.



p/s: yakin apabila berdoa kerana itu kunci kekuatan hati...

No comments:

Post a Comment