Wednesday 29 June 2011

Di Sebalik Isra' & Mikraj

Salam...

Pagi 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab yang dirasa begitu indah kerana bumi disirami hujan. Tenang & damai. I just love rainy day and each weather makes me being grateful to ALLAH. ALHAMDULILLAH & SUBHANALLAH. Setiap ciptaanNYA adalah seindah-indah & sesempurna ciptaan. Takde sebab untuk kita mengeluh di atas setiap kekurangan. 27 Rejab bukan sekadar satu tarikh bagi takwim Islam, tetapi tarikh ini terjadinya satu peristiwa yang begitu besar maknanya kepada Islam. Peristiwa Isra' & Mikraj. Hmm.. I bet, ramai yang tahu menyebut 'Isra' & Mikraj' tetapi, berapa ramai yang tahu apa itu Isra' Mikraj? Wallahualam... Tak dinafikan di institusi-institusi pendidikan ada diletakkan di dalam syllabus subjek Pendidikan Islam mengenai peristiwa Isra' & Mikraj, tetapi pengajaran yang hanya bersifat 'sebentar' adakah mampu untuk membantu golongan muda menghayati erti sebenar Isra' & Mikraj? Kalau tempoh enam bulan sebelum kemerdekaan diperuntukkan untuk melakukan persiapan bagi menyambut Hari Kemerdekaan, kenapa tak kita sama-sama sebagai umat ISLAM memikirkan cara untuk mengimarahkan setiap peristiwa bersejarah di dalam dunia ISLAM? Pengertian, penghayatan & pengamalan diperlukan bagi menanam semangat & pengajaran di sebalik setiap peristiwa. Bagi yang terlupa apa itu Isra' & Mikraj, Isra' ialah perjalanan Rasullullah SAW. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ditemani Jibrail & Israfil manakala Mikraj ialah perjalanan Rasullullah SAW naik ke langit. Keseluruhan perjalanan Rasullullah SAW di dalam peristiwa ini hanya mengambil masa selama satu malam dengan menaiki Bura' & ditemani malaikat Jibrail Alaihissalam. SUBHANALLAH... Maha Suci ALLAH... Tak terjangkau akal fikiran manusia bagaimana perjalanan Rasullullah SAW & bagaimana pantasnya perjalanan tersebut. Sedangkan sepantas-pantas roket ciptaan manusia memakan masa berminggu untuk sampai ke angkasa, inikan pula langit. Itulah rahsia ALLAH yang terkandung hikmah disebaliknya. WALLAHUALAM...




Semasa di dalam perjalanan tersebut Rasullullah SAW telah menyaksikan & berhadapan dengan pelbagai peristwiwa yang mana setiap peristiwa memberi signifikan & gambaran yang besar kepada kehidupan umat Baginda. Sewaktu di Isra' kan, Baginda menyaksikan beberapa golongan manusia yang menghadapi beberapa situasi antaranya:
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan.
  • Orang yang sedang memecahkan kepala mereka sendiri & setiap kali kepala mereka pecah, akan sembuh semula & mereka akan memecahkan kembali begitula seterusnya. Jibrail memberitahu Rasulullah SAW, "Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)".
  • Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul & dubur) dengan secebis kain dan mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api & batu dari Neraka Jahannam. Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki & perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Itulah lelaki/perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki/perempuan itu masing-masing sudah mempunyai isteri/suami.
  • Lelaki yang berenang di sungai darah & dilontar batu. Itulah orang yang memakan riba'.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas bakul tidak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi dengan kayu yang lain. Itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi menerima amanah yang lain.
  • Suatu kaum yang mengunting lidah & bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting lidah & bibir mereka kembali seperti biasa. Itulah orang yang membuat fitnah & mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak lakukan.
  • Kaum yang mencakar muka & dada mereka dengan dengan kuku tembaga mereka. Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) & menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.
  • Seekor lembu yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasullullah SAW tidak mempedulikannya. Itulah dunia. Jika Rasullullah SAW memberi perhatian kepadanya, nescaya, umat Islam akan mengutamakan dunia berbanding akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasullullah SAW berhenti. Tetapi Rasullullah SAW tidak mempedulikannya. Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasullullah SAW untuk menanyakan sesuatu. Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua  menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjidil Aqsa, Rasullullah Saw turun dari Buraq, masuk ke dalam masjid & mengimamkan solat dua rakaat dengan segala para anbia' & mursalimn menjadi makmum. Kemudian Rasullullah SAW berasa dahaga & Jibrail membawa dua minuman iaitu arak & susu. Rasullullah SAW telah memilih susu. Kata Jibrail, Baginda telah membuat pilihan yang betul. Jika arak yang dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan sesat.

Rasullullah SAW kemudian meneruskan perjalanan bersama Buraq & Jibrail naik ke Hadratul-Qudus untuk menemui ALLAH TAALA.
  • Di langit pertama, Baginda & Jibrail berjumpa dengan Nabi Adam as. Kemudian dapat melihat orang yang memakan riba' & harta anak yatim & melihat orang yang berzina dengan mempunyai rupa & kelakuan yang hodoh & buruk.
  • Langit kedua, dipertemukan dengan Nabi Isa as & Nabi Yahya as.
  • Langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf as.
  • Langit keempat bertemu dengan Nabi Idris as
  • Langit kelima bertemu dengan Nabi Harun yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.
  • Langit keenam bertemu dengan nabi-nabi seterusnya Nabi Musa as & Rasullullah SAW mengangkat muka (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa dihisab.
  • Langit ketujuh bertemu dengan Nabi Ibrahim as yang memberitahu bahwa Rasullullah akan bertemu ALLAH & mendoakan umat Baginda yang menjadi umat akhir zaman & terlalu daif.
  • Tangga kelapan Baginda menemui pokok Sidratul Muntaha & menyaksikan sendiri keajaiban yang terdapat pada pohon tersebut.
  • Tangga kesembilan Rasullullah SAW masuk ke dalam nur & naik ke Mustawa & Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'arasy iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikir, hatinya tertumpu kepada masjid & tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga kesepuluh Rasullullah SAW bertemu ALLAH TAALA. Di pertemuan ini telah berlaku dialog antara Rasullullah SAW bersama ALLAH TAALA.
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika. 
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Betapa beruntungnya mahluk bernama manusia selaku umat Islam,umat yang terakhir zaman kerana ditinggalkan dengan pelbagai kelebihan sebagai 'penyelamat' & kebaikan untuk kehidupan. Sayangnya, masih ada yang tak pandai menghargai kelebihan yang diberikan. Tidak diberikan kesusahan untuk menunaikan ibadah malah dikurang solat daripada 50 waktu menjadi 5 waktu sahaja. Diberikan pelbagai pengajaran bagi melengkapkan bekal amalan iaitu sedekah, hijrah, ayat-ayat Al-Quran, amar makruf nahi mungkar, tapi masih ada yang menafikan kemungkaran yang berlaku. Mari sama-sama muhasabah diri kita & tanya pada diri adakah layak untuk kita termasuk dalam 70 ribu orang yang msuk syurga tanpa perlu dihisab?



P/S: Basahkan lidah dengan zikrullah & tanamkan pohon-pohon di syurga dengan ungkapan "WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM"...


PP




No comments:

Post a Comment