Friday 10 June 2011

Nora Elena & Seth Tan...idaman + angan-angan...

Salam...

Sekadar mahu berkongsi pandangan mengenai fenomena slot Akasia di TV3 yang rasanya semakin hampir ke penghujung, NORA ELENA. Hmm...indah tajuknya yang mengadaptasikan nama watak daripada drama tersebut. Siti Saleha memegang watak utama iaitu Nora Elena dan suami orang yang juga merupakan jejaka idaman err...Aaron Aziz sebagai Seth Tan. Sejujurnya, saya tidak pernah menonton siri ini (mungkin ada yang tak percaya), tapi itulah yang sebenarnya. Tak pasti apa sebabnya mengapa saya terlepas untuk mengikuti drama ini. Mungkin kerana waktu siaran yang agak hmm...kurang sesuai atau sebenarnya saya tak berapa minat untuk mengikuti drama bersiri kerana terpaksa menjadi 'setia'. Kalau terlepas 1 episod kita boleh jadi tak faham dengan storyline yang berikutnya. Jadi, bila orang dok sibuk cakap pasal Nora Elena & Seth Tan, terpaksalah saya google & tanya kakak ipar saya yang adakalanya mengikuti cerita ni. Dia pon dok lah cita A-Z tapi, tak mentioned pulak nama penuh Seth tu ada Tan. Laaa ni,baru chek tau nama Aaron Aziz dalam cita tu.

Saya tertanya-tanya jugak adorable & charming yang bagaimana Seth Tan itu sehinggakan ramai kaum hawa termimpi-mimpi untuk memiliki lelaki yang mempunyai ciri2 yang sebegitu. Cuma, berdasarkan pandangan saya, sebelum ni ada drama Adamaya, Seribu Kali Cinta & sewaktu dengannya, ramai yang mengagumi watak hero dalam drama-drama terbabit. "Oh, charmingnya!", "kalaulah dapat suami macam tu...", "nak pakwe macam tu lah.", itulah antara dialog-dialog 'tambahan' daripada wanita-wanita yang menonton. Yang terbaru si Seth laaa.... Err..bukan tak boleh mengagumi, tapi, harus berpada-pada. Anda perlu sedar, itu hanyalah watak hasil daripada imaginasi seorang manusia biasa juga. Percaya atau tak kalau saya katakan bahawa tidak mustahil ada wanita yang sanggup menyuruh pakwe atau suami berubah menjadi seperti watak dalam drama tersebut. Hmm... memang TV banyak mempengaruhi minda & persepsi manusia. Anda harus bijak membuat pertimbangan ketika menonton. Jangan sampai yang menjadi kewajipan, menjadi kelalaian kerana minat atau obsesi terhadap drama tersebut. Kesian pada si pakwe atau si suami sebab terpaksa 'menahan hati' kerana pasangannya beralih arah selagi drama tu tak habis. Yang lebih menyedihkan, mereka terpaksa 'bersaing' dengan watak khayalan tersebut.

Begitu juga dengan watak Nora Elena yang dikagumi oleh kaum Adam. Tak sangka pulak saya dalam kesibukan mengejar masa, masih ada sebilangan besar orang lelaki yang mempunyai masa menonton drama siri ini. Betapa mudahnya mereka kagum dengan kecantikkan Siti Saleha. Aduhhh... sampai kata nak awek & isteri macam tu. 2x5=10 jugak lah nampaknya. Rasanya, kalau kata Siti Saleha tu cantik, ada yang lebih cantik daripada dia (bukan nak kata saya cantik). Tapi, disebabkan nak menutup sedikit kekaguman tersebut supaya lebih berdepan dengan realiti. Mudahnya lelaki ditundukkan oleh kecantikkan wanita ya....

Dearest men & women,

Anda perlu sedar bahawa betapa beruntungnya anda diterima oleh pasangan ataupun orang di sekeliling anda. Betapa beruntungnya segala kekurangan anda diterima untuk dijadikan sebagai pelengkap hidup orang-orang di sekeliling anda terutamanya pasangan. Kesempurnaan watak di dalam drama, filem atau lain-lain belum tentu sempurna untuk anda pada realitinya. Individu yang melakonkan watak tersebut juga adalah manusia biasa macam anda dan yang dilakonkan itu hanyalah sebagai tuntutan kerjaya sahaja. Dapat watak lain, sekelip mata akan berubah. Kalau mahukan lelaki yang romantik & caring, carilah secaring Rasullullah S.A.W atau ayah anda. Kalau mahukan perempuan yang cantik & menawan, carilah secantik Siti Khadijah r.a atau ibu anda, kerana itu adalah sebaik-baik idaman hati.... Cukuplah kalau orang itu menerima apa adanya anda. Itu baru boleh kata, "How sweeeettt!!."




 P/S: Kekurangan itu untuk dilengkapi... bukan untuk dihindari. Manusia tak sempurna, tapi, perlu mencuba untuk menjadi yang terbaik...
       Hak anda untuk meminati..saya hanya menyuarakan isi hati..maaf kalau ada yang ambil hati...;)

1 comment: