Monday 20 June 2011

Signifikan Frust Kepada Cinta

Salam...

Terlintas di kepala saya mengenai title ini ketika saya memandu pulang selepas menghantar kakak saya ke tempat kerja. Melalui lebuhraya AMJ untuk sampai ke rumah mengambil masa kerana terdapat banyak traffic lights yang agak membosankan kerana saya tidak suka menunggu. Tapi, saya dah biasa & dah jadi friendly dengan jalan terbabit. Sebagai 'perencah' bagi menghilangkan boring, saya mendengar lagu-lagu yang kena dengan jiwa. Saya seorang universal listener & tidak kisah genre apa yang dihidang kepada telinga saya. Cuma, saya lebih cenderung kepada pop ballad sebab genre tersebut tidak terlalu berat & sebenarnya ikut mood. Kebetulan mood saya pada pagi ni agak sepoi-sepoi bahasa gitu. Haha... Ok, bila terdengar lagu Alyah bertajuk "Kisah Hati", mengilhamkan saya untuk bercakap mengenai frust atau kecewa dalam bercinta. Mungkin ada yang menganggap frust tu hal biasa & small matter bila termasuk dalam konteks bercinta. Tapi, seandainya diikutkan frust tu, boleh memberikan impak besar dalam hidup. Ye tak?

Soalan saya, siapa pernah putus cinta? Hmm...ramai yang mengaku pernah & ada juga yang agak malu-malu nak mengaku. Its okay dear... Rasanya ramai yang melalui fasa kecewa dalam bercinta terutama bila dalam alam remaja. Yelah, orang kata darah muda & budak tengah nak naik gitu. Ghairah kejar cinta untuk rasa dicintai & mencintai. Ehem... Ada pro & kontra nye  situasi tersebut. Pada pihak pro, ia bagus sebagai salah satu medium untuk menempuh kematangan (tak bermakna yang tak pernah couple tak matang), mungkin yang pernah bercouple  boleh belajar sesuatu sebagai pengajaran melalui komitmen yang dilalui. Dan bagi sebelah kontra pula, banyak & seringkali didedahkan padah menjalinkan hubungan cinta sewaktu umur "setahun jagung". Sorry, i dont blame people who are in love coz i've been in 'that' world before. Alamak! bocor rahsia... Haha... Nak kata saya bercakap melalui pengalaman sendiri tak juga sebab saya ni single dalam usia yang orang sekeliling tanya dah ada someone ke?  Dan juga ramai rakan sebaya yang dah 'berteman'... Saya juga tak berada di pihak pro atau kontra kerana kalau pro dikata saya menyokong, kalau kontra dikata saya membantah. So, Im neutral. Tapi, saya bercakap berdasarkan pemerhatian saya melalui orang-orang di sekeliling. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi, saya sering menjadi tempat luahan perasaan oleh orang di sekeliling. Tak tahu kenapa. Ada yang mengatakan saya ni matang & tahu memberikan nasihat. Wallahulam... Biar orang menilai. Rata-rata meluahkan perasaan bila mengalami kekecewaan dalam perhubungan. Apa yang saya katakan adalah, "Sabar,it's all happened for a reason. Mungkin orang tu tak cukup baik & ada yang lebih baik sedang menanti. Do some istikharah." Saya katakan lagi, "Hmm... ALLAH kadang-kadang 'cemburu' juga dengan kita. Yelah, belum lengkap lagi cinta kita untuk DIA, tapi, kita dah bagi hati & perasaan kita pada manusia lain yang perlu juga cinta kepada DIA."  Bukanlah saya nak menunjukkan yang saya cukup warak, tapi, perlu difikirkan relevannya kata-kata tersebut sebab yang memberi & mengurniakan perasaan kepada manusia adalah ALLAH. Disebabkan itu juga saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan "cinta itu buta". Cinta tak buta, sebaliknya cinta & manusia dibutakan oleh nafsu. Cinta itu universal kerana ia dikurniakan ALLAH kepada setiap mahlukNYA. Okay, back to the topic. Mungkin bila saya keluarkan ayat-ayat nasihat berikut, ada yang kata, "Cakap senanglah, tapi, kau tak rasa. Cuba kau rasa.." Mungkin ada betulnya di situ kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sayang-sayangku,

Jangan ditangisi pada perpisahan, tapi, bersyukur kerana adanya pertemuan. Saya suka bila mengetahui ada yang betul-betul belajar mengenai kekecewaan. Contoh yang paling nampak ialah artis, Irma Hasmie, yang mana, apabila dia berpisah dengan kekasihnya, Nabil, Irma mengambil keputusan menunaikan umrah & hasilnya, kini dia menemui kehidupan yang lebih menenangkan. Bukanlah maksud saya untuk menyarankan mengerjakan umrah bagi yang putus cinta, tapi, back to basics. Kembali kepada asal iaitu cinta kepadaNYA. Simple & meaningful. InshaALLAH, hati tak sakit, kepala tak pening, air mata tak dibazirkan. Saya tahu mungkin ada yang agak 'sukar' menghadapi kekecewaan, tetapi, anda perlu memikirkan jalan & penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Ada pepatah menyatakan, "Kalau bercinta, maksudnya kita bersedia menghadapi kekecewaan.." Konsep yang mudah untuk difahami, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Take it or leave it. Kalau anda boleh menyerahkan perasaan, kenapa tidak anda perlu mengambilnya semula?

Bercinta pun ada undang-undang. Target bukan sekadar nak hubungan tu berkekalan & mencapai persefahaman, tapi, untuk mencapai 'berkat' & juga untuk mengelakkan frust di kemudian hari. Satu hal ialah menjaga adab-adab bila tengah syok tangkap cintan tu. Ada tujuan kenapa kena jaga adab, sebab konsepnya, kalau terlalu banyak "memberi" nanti, lagi besar frust tu. U've got the point,right? Another one is jangan berharap terlalu banyak sebab harapan terhadap manusia belum tentu macam mana pengakhirannya. Letakkan harapan pada ALLAH sebab DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Just go with the flow & redha.Semoga kita semua dijauhkan daripada perasaan disakiti & bagi yang sedang ingin bercinta tu, semoga hubungan itu mendapat barakah & berkekalan...amin...






P/S: "If you love somebody, set them free. If they return, they were always yours. If they don't, they never were."



No comments:

Post a Comment