Tuesday 28 June 2011

Isu Semasa:"BERSIH"kan Hati Demi Nasib Rakyat

Salam...

Post kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini. Kalau sebelum ini saya bercakap mengenai dunia perasaan & dunia individu kepada individu lain, tapi, kali ini saya keluar daripada 'kepompong'. Lain. Bukan apa, saya merasakan saya semakin letih kalau terlalu 'stick' dengan satu 'dunia' sahaja. Let's be different. Err... I mean, kita kena serba boleh. I guess the way we talk and write will tell people about who we are. Sebagai yang digelar pemuda pemudi harapan bangsa, saya rasa perlu untuk kita semua 'ambil tahu' apa yang berlaku dalam negara. Sekadar mahu berkongsi pandangan mengenai beberapa 'fenomena' yang melibatkan 'kandungan' negara. Memang 'takde keje' bak kata orang terhadap mereka yang berfikir & bercakap mengenai ini. Tetapi, perlu difikirkan juga, kadang-kadang dengan sikap 'ambil mudah' (sesetengah individu) adakalanya 'memakan diri'. Ambil tahu sekadar mengingati yang kita masih warganegara sesebuah negara. Merancang mahu melelapkan mata setelah membaca beberapa artikel di beberapa akhbar online kerana sudah menjadi rutin saya untuk membaca sebelum tidur. Sekadar mahu sel-sel otak berkembang sewaktu tidur. Tapi, saya menyambung bacaan buku "A DOCTOR IN THE HOUSE" by Tun Dr. Mahathir & akhirnya membawa saya untuk meluahkan apa yang saya sedang fikirkan & kemudian saya rasa barulah saya boleh melelapkan mata.:)

Artikel yang pertama yang saya baca adalah di The Star Online, an opinion from famous journalist, Daphne Iking yang bercakap mengenai "Put Our Different Aside" yang mana beliau memberi komen bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi & rakyat bebas mengeluarkan pandangan dengan berpaksikan kedaulatan perlembagaan. Dan media juga tidak 'bias'. Artikel lain yang betul-betul membawa saya ke arah penulisan ini adalah daripada saudara Aspan Alias yang berkomentar di The Malaysian Insider. Tajuk artikelnya cukup menarik hati saya untuk membaca sehingga ke perkataan terakhir artikel beliau. Artikel yang bertajuk "Berlubang Sana, Berlubang Sini" seolah-olah membongkar rasa setiap rakyat. Saya nak berkongsi sedikit petikan yang terdapat di dalam artikel ini.
"Negara adalah kepunyaan rakyat dan rakyat berhak untuk sentiasa mencari dan memilih pihak mana yang lebih dipercayai oleh mereka. Jika rakyat mendapati pihak yang telah di pilih sebegitu lama untuk mentadbir negara kepunyaan rakyat itu telah menyimpang dari apa yang sepatutnya mereka lakukan, rakyat boleh menggantikannya dengan pihak atau kumpulan yang lain."
Itulah sebabnya adalah tidak wajar pihak yang memerintah menggunakan kuasa dan pengaruh dengan sewenang-wenangnya dengan menutupi apa sebenarnya yang berlaku dan dilakukan oleh pihak yang telah menyimpang dari tanggunjawab mereka untuk mentadbir rakyat dengan baik Rakyat wajar meneliti rekod mereka yang telah memerintah itu Pemimpin negara itu adalah hamba kepada rakyat dan bukannya rakyat yang diperhambakan oleh pemimpin yang mereka pilih."
Itulah sebahagian daripada petikan artikel beliau yang 'dikeluarkan' khusus bagi memberi tindak balas isu BERSIH. Sejujurnya, pada mulanya saya tidak tahu apa yang diperkatakan umum mengenai BERSIH sebab saya ni ikut mood nak baca newspaper ataupun tengok berita sebab headlines berita sekarang merapu. Kemudian saya buat reviewed and i knew what is BERSIH actually. BERSIH ini menyampaikan tuntutan bagi pilihanraya yang dijalankan secara telus,amanah & adil. Apa yang menjadi hangat ialah apabila BERSIH mahu membuat perhimpunan besar-besaran bagi memprotes proses salah satu sistem yang menjadi tanda kepada negara demokrasi ini. Yang membuatkan saya terfikir tentang satu perkara ialah "Is it shows that the 'elections' are using 'shortcuts' since ages ago?" And of course, we want a CLEAN election's process.!

Tak dapat dinafikan bahawa kelihatan sedikit 'kepincangan' di dalam negara ini. Bukanlah level saya untuk menuduh atau mengata pihak atau parti mana yang nampak pincangnya. Tapi, kepincangan yang berlaku kelihatan pada individu-individu yang mempunyai agama yang sama, memiliki status bangsa yang sama & berada di bawah langit yang sama. Masing-masing cuba membuka pekung pihak lain dengan cara yang pelbagai yang bila difikirkan ada yang sampai melanggar norma. Malang atau dikata tuah tidaklah saya tahu kerana individu yang berjaya menunjukkan sesuatu keaiban tersenyum bangga kerana telah berjaya merealisasikan hasrat hati.

Saya tidak menyokong mana-mana parti kerana saya BUKAN PENCINTA POLITIK, tetapi saya sebagai antara generasi muda merasakan suara kami perlu didengar. Yang membuatkan saya kesal dengan situasi politik negara kini adalah kebanyakkan pemimpin bersikap seperti bapa ketam mengajar anaknya berjalan. Banyak contoh yang boleh saya kaitkan di sini tetapi yang paling jelas bersuluh adalah mengenai tayangan video salah laku individu yang dikata pemimpin pembangkang kepada umum oleh trio seorang dato'. Cukup 'sempurna' cara ini untuk menjadi 'tauladan' kepada anak-anak. Tauladan yang sangat melampau. Niat pemerintah mahu menjadikan rakyat terutama generasi muda cintakan patriotisme, tetapi, cukup dengan penayangan video tersebut boleh menjadikan rakyat patriotik ke arah mengupload 'video' buatan mereka sendiri. Tak hairanlah kenapa ramai remaja-remaja di luar sana sudah hilang rasa 'malu'.




Dan apabila di dalam buku 'A Doctor In The House', Tun Dr. Mahathir sendiri mengatakan bahawa rasuah adalah antara perkara yang susah untuk dilupuskan. Antara kata-kata beliau adalah,
"I realised very early in that it would not be easy to act againsts corrupt officers. Even if they could be taken to court, the case may not stick." (p.350)

Hmm... Dalamnya pemikiran saya apabila saya berpendapat bahawa  sebelum 'dosa-dosa besar' orang lain dihebahkan, haruslah individu yang eager untuk menjadi juruhebah untuk menilai diri sendiri dahulu. I dare to say that is like one in a million to see if there is a v.i.p that being 'mr. clean'. 

Tolonglah orang besar-besar untuk menghentikan segala perbalahan yang 'caca marba' ni. Kami mahukan kepimpinan melalui tauladan, bukan kepimpinan melalui perbalahan. Dua parti utama memperjuangkan hal yang sama iaitu agama & bangsa sekaligus memelihara hak anak bangsa iaitu UMNO & PAS. UMNO pada dulu, kini & selamanya memperjuangkan hak orang-orang Melayu, manakala PAS memperjuangkan hak agama ISLAM. As we all know, malay is a MUSLIM. Saya membayangkan alangkah indahnya jika mereka-mereka di dalam parti yang pelbagai ini boleh duduk semeja membincangkan MASALAH RAKYAT. Keganasan terhadap kanak-kanak & wanita, menaik tarafkan sistem pendidikan, zero kemiskinan & saya pasti masalah kemiskinan semakin menghimpit apabila negara dirasa semakin ke arah "kapitalisme". Agak kasar jika saya katakan bahawa individu-individu yang berbalah ini seolah-olah menunjukkan kebodohan di sebalik kepandaian kerana mereka adalah dari bangsa yang sama,agama yang sama, tetapi berbalah untuk sesuatu yang menjadi hak semua. Bagaimana bangsa lain melihatnya? Ketika sana sini dok sibuk laungkan "1 MALAYSIA", ada yang ketawa geli hati kerana konon dikata mahu bersatu semua bangsa, tetapi bangsa sendiri dah kelam kabut. Lagu mana chekkk??




 Duhai pemimpin-pemimpinku,

Bersatulah kalian dan laksanakan amanah yang telah diamanahkan kepadamu kerana itu lah perkara utama yang akan disoal di akhirat kelak. Jangan terlalu mengejar kehormatan kerana itu akan membinasakan. Sedih apabila mengenangkan manusia zaman sekarang melakukan sesuatu tanpa membayangkan dunia yang kekal sana. Rindu pada pemimpin yang adilnya seperti pemimpin Khulafa' Al Rasyidin, yang mengamalkan syariatullah & sunnatullah kerana itu kunci kedamaian yang sebenarnya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Semoga kita semua dijauhkan daripada kezaliman pemerintah...WALLAHUALAM...



P/S: "Gilakan penghormatan itu terlarang, tetapi menjadi orang terhormat perlu dijadikan tujuan hidup."-Imam Al Ghazali-

No comments:

Post a Comment