Tuesday 14 June 2011

Peluang VS Keputusan...

Salam...

Post yang disebabkan hasil perbualan bersama rakan lama di laman Facebook (ayatku memang skema). Hehe. Sebelum ni hanya berbalas komen di 'wall' saja. Tiba-tiba dia menyapa di chat online. Melihatkan pada dirinya di Facebook, saya tahu dia seorang yang cerdik pandai & melalui chatting dia memberitahu bahawa dia telah  ditawarkan mengikuti pengajian bagi double major degree dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah universiti yang menaja hampir semua pelajar-pelajarnya. ALHAMDULILLAH... Seronok & tumpang gembira melihat kejayaan kawan-kawan & mudah-mudahan terkena tempiasnya pada saya. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Chatting kami, sekadar berkongsi pengalaman & jerit perih bergelar mahasiswa. Apalah sangat pengalaman saya jika nak dibandingkan dengan pengalaman rakan lama saya. Dia share yang dia agak pressure berdepan dengan pelajaran beliau. I believe that he's strong enough to handle any sort of pressure. INSHAALLAH... Dan saya pun memberitahu yang saya berpeluang untuk mengikuti satu kursus yang kebanyakkannya 'gerun' nak amik. Sebab? Takut terkandas di tengah jalan & ada juga yang memberi pandangan supaya lupakan hasrat nak mengikuti kursus tersebut. Tapi, macam mana nak saya lepaskan peluang kalau itu sudah menjadi sebahagian daripada azam saya? Ada saya berkongsi rasa dengan family ( terima kasih YA ALLAH sebab kurniakan keluarga yang hebat) & jawapan mereka, "Kenapa mesti dengar cakap orang,adik? Kalau bukan sekarang, kemudian pon still akan lalui benda yang sama & mana ada benda yang makin senang dalam dunia ni?" Saya terdiam memikirkan relevannya pernyataan tersebut. Okay, i reminding myself do not to listen to the rumours. "Zda, let just throughout all the difficulties. Kalau sebelum ni boleh,kenapa tak sekarang?All u need to do is hard work!". Yup, itulah yang bermain di otak saya sehingga saat ini (i wanna be an optimistic in every way). Kata rakan saya, "Kalau chance dah ada depan mata, grab je. Apa pon, istikharah & berserah." YA ALLAH, terharu saya kerana dikelilingi orang-orang yang begitu supportive. ALHAMDULILLAH. Dan ada jugak rakan-rakan yang turut sama menerima cabaran & peluang yang sama. Sesungguhnya, jangan pernah merasakan anda keseorangan.

Bukan senang nak senang, tapi tak susah juga untuk susah. Semuanya berbalik semula kepada pertimbangan hati & akal. Selepas melalui kegagalan dulu, saya berjanji pada diri sendiri untuk tak nak berhenti setakat tu saja. Saya sangat percaya bahawa ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Saat paling 'genting' bila perlu buat keputusan tapi itulah yang sentiasa ada dalam rutin hidup. Sejujurnya saya cakap yang saya tak suka membuat pilihan sebab saya risau seandainya apa yang dipilih tidak memberikan hasil yang diharapkan. Nama pon perlu membuat pilihan, jadi, kena berdepan dengan risiko & jangan fikirkan tentang apa-apa hasil sebab itu semua terletak di tanganNYA... Di saat tu, saya akan teringat kenapa ALLAH menyarankan untuk melakukan istikharah sebab DIA MAHA MENGETAHUI bahawa hamba-hambaNYA akan sentiasa berada dalam keadaan ragu-ragu. INSHAALLAH, segala keputusan yang dibuat adalah yang terbaik & mudah-mudahan segala urusan yang baik akan dipermudahkan. Semoga saya & yang membaca blog ni akan istiqamah dalam membuat keputusan & akan lebih optimis menempuh pelbagai dugaan & cabaran. BARAKALLAHU FIHA....





P/S: Remember,there are no mistakes,only lessons.
Love urself,trust ur choices,and everything is possible...

No comments:

Post a Comment